Cerita Hantu #1

Rasanya tak pernah lagi kot aku ceritakan dalam blog nie pengalaman aku dengan perkara mistik neh. Senang kata setan kaco lah. Hehehe. Ok, utk kisah yang ini, aku ceritakan pengalaman aku masa tengah tunggu panggilan utk masok matrix kat Perlis dulu. 

Sebagai penganggur kehormat, tiap-tiap malam aku bantai tengok tv sampai pukul 3-4pagi. Masa tu rumah parents aku dah dirobohkan sepenuhnya. Tengah nak buat rumah baru yg completely batu dah takde kayu kayan. Makanya kami semua pindah sekejap duduk kat rumah guru  yang baru berdekatan dgn sekolah agama. Kira masa rumah guru tu siap dibina, kitorang jadi penduduk awal la kt situ. Rasmikan rumah baru siap. 

Kedudukan rumah tu adlh yang ke-2 hujung sebelum hutan kelapa sawit kembali memenuhi persekitaran rumah di bahagian tepi mahupun di belakang. Felda tempat aku ddk kan mmg utk tanaman kelapa sawit. Kompem la keliling byk ladang sawit kan? Hehe.

Nak dijadikan cerita, pd 1 malam yang hening, masa tu semua org dah tido dalam bilik kecuali aku. Adik aku Anje ade skali rasanya terbongkang tido sesama ngn aku depan tv. Lantok ler dia tido. At least takdelah takot sgt aku nk tengok tv sorang-sorang kat depan tu kan? Ade peneman sekali. Hehe. Tengah malam buta dalam pukul 12tgh malam ke 1 pagi aku annoyed jugak bile dgr burung antu dok berlagu dekat dgn rumah tue. Potong stim je aku nk layan cerita channel Singapore.

Aku bajet burung tu hinggap kat wayar elektrik dekat ngn rumah tue. Kuat betol bunyinya. Malam-malam kan sunyi kan? Tapi aku bolayan ajelah eventho dalam hati aku dah berdetik, kenapa burung nie bunyik kuat lain mcm jer nih? Malam sebelum-sebelum nie takdelah pulak dia buat bising kat situ. Peliks. Kan? Pelik tak? Hikhik =p

Entah bila aku tertido masa tgk tv, aku pon tak tahu. Tiba-tiba aku tersedar dari tido. Aku kerling jam, ahh...baru 4 pagi rupanya. Dalam mamai-mamai & dalam keadaan yg gelap gulita pasal lampu semua padam, aku nampak samar-samar 1 cahaya putih. Putihnya menyilau. Memang lain macam. Dada aku dah dup dap dup dap. Bulu roma dah meremang naik. Aku nampak figura seperti seorang perempuan berbaju putih dan berambut panjang sampai ke pinggang betul-betul di pintu masuk tandas. Ianya bergerak-gerak seperti sedang mencari-cari sesuatu.

Mula-mula aku bajet kakak aku Kak Lin nak pegi toilet. Macam tengah teraba-raba nak carik suis lampu bilik air ke hape. Tapi apasal lambat benar dia nak jumpe suis lampu tuh? Aku dah mula pelik. Pastu aku teringat lagi yang kakak aku tak pakai baju putih malam tu. Dia pakai baju kaler merah. Bila masa pulak dia pegi tukar baju? Itulah antara persoalan-persoalan yang bermain di benak aku pd waktu tue.

Bila aku semakin sedar yang figura itu pasti bukan seorang manusia, dup dap di dada bertambah laju. Badan aku kejang tak dapat bergerak. Semacam terpaku di pembaringan. Aku cuba baca ayat kursi. Tapi agaknya tunggang langgang dah kot bacaanya. Figura itu pula seperti perasan yang aku sudah tahu 'dia' berada di situ. Siot aje. Camne dia tahu ntah. Nyampoh!

'Dia' mula mengalihkan perhatiannya kepada aku. Sudah! Semakin lama...semakin hampir 'dia' datang....Huwaaa..aku tak boleh bergerak weh waktu tu. Nak jerit panggil nama adik aku pon tak boleh.  Padahal budak tu kat sebelah aku je dok syok tido tak sedo hape. Geram betol. 

Dalam pd 'dia' datang semakin dekat menghampiri aku, dalam keadaan yang sangat takut tu, aku tiba-tiba tertido. Hwahahahahha...boleh gitu? Tido ke pengsan ker, aku pon tak tahulah nk ckp camne. Tiba-tiba bukak mata dah pagi. Hakhak. Bangun tido, pegi tanya kakak aku dulu, dia ade bangun nk pegi bilik air ke pagi td? Dia kata takde. Tanya mak, pon kata takde. So aku pon ceritalah kat deme yg aku nampak hantu pukul 4pagi kat toilet tue.

Mak aku kata aku nie jenis mata 'anjing'. Senang nampak benda halus. Iye ker? Aku tak bape percaya sehinggalah kejadian mistik ke-2 menimpa aku. Ok. Itu cerita sambung lain kali. Masa dah takde modal nak merepek ape kat sini. Hahahha.

Sekian, cerita mistik pertama aku =p Camne Nano? Seram tak? Hakhakhak =B



Popular Posts