Hari Pertama

Hari nie merupakan hari pertama aku tak berpuasa semasa hari bekerja selepas balik dari cuti panjang seminggu hari raya yang lalu. Perasaan aku skrg adalah cam pelik. Hehe. Sebab knp aku tak puasa:- petang nanti ada Open House Cyberjaya kat Kelab Tasik Cyberjaya. Boleh kata tiap tahun memang mentekedarah kalo ada event nie. Semalam ada open house TNB kat Putrajaya aku dah skip. But for this one, sudah janji sama my best officemate, Kak Niza mahu pergi sama-sama. Maka eloklah kiranya janji tidak dimungkiri. Haha.

Lagi pun puasa aku nie cuma puasa sunat biasa saje. So tak masalah lah. Puasa ganti memang dah lama settled. Alhamdulillah =)

Apa-apa pun aku akan resume berpuasa on the next Monday, Insyallah. Dah rasa syok berpuasa pulak. Tak sangka aku memang dah tak jadi OKU dah dalam berpuasa. Tanpa sahur pun tak jadi masalah. Energy level tip top sampai ke petang. Siap boleh masak macam biasa utk dinner. Hebat kan? Kesimpulan aku, kalo mental kuat, Insyallah everything will be fine. Yang  penting niat berpuasa tu adalah kerana Allah Taala. Sangat magic kuasa niat tu pada diri kita sebagai orang Islam neh. I have never doubt that.

Lemak gelebeh kat perot aku dah tak se 'horror' dulu. Yes, I can proudly say that. Bila tengok dalam cermin, takde dah perasaan nak baling cermin dengan batu bagi pecah berderai. Ok. Drama. Haha. Habi pon cakap the same thing. Tak tahulah samada dia saje nak psiko aku ke hape. But I take it as a compliment. I need to work harder for my body. Penyelesaiannya skrg cuma dengan berpuasa. 

Bila berpuasa, nafsu makan aku pun tidaklah seteruk dulu. Ada macam tone down sikit. Thats a very good things that had ever happen to me ok! Love it.

I'm not sure for how long I can keep up fasting on working days. But selagi ada kudrat & mentally strong, I will try my best lah. Selain dapat pahala, badan pon rasa lebih sihat. Suami pon Insyallah makin sayang. So I got to be motivated for a long time. May Allah help me.

Tonight, its time for us to shop for the things needed on this Saturday open house. Kompem penuh setroli barang-barangnya. Haha. Oh ya. Semalam my younger sister Lisa jot down kat my FB ckp nak datang esok at my house. Kawan dia kawen kat Shah Alam on Sabtu. So nk tumpang tido. Tiba2 aku rasa lega sebab bertambah lagi sorang tenaga buruh. Hahaha.

Naurah pon sangat suka main sama Abu Bakar As Siddique. Sejak malam tadi dok ckp Abu Bakar Siddique kat aku ngan habi. Selok ko yer! Naurah ckp As nyer dah hilang. Panjang sgt kot bg dia. Itu pon aku dah terharu dia boleh sebut dgn baik nama Abu Bakar tuh.You are such a clever girl lah Naurah! Ibu rasa berbaloi sangat berusaha baca Al Quran saban hari semasa ko dalam perot Ibu ni hah!

Entahlah. Aku yakin Naurah bijak & pantas perkembangan dirinya dalam banyak perkara adalah kerana aku dedahkan dia dgn ayat-ayat Al Quran sejak bayi lagi. Juga sedikit sebanyak early childhood learning. Begitu juga berkat doa aku pd dia saban hari. Doa seorang Ibu tu kan makbul utk anaknya bukan? Stp perkara yg aku buat & usaha utk Naurah, aku yakin Allah pasti akan membalasnya pd dia.

Naurah, Ibu bukan harap ko jadi doctor atau peguam utk kesenangan hidup Ibu & Ayah di masa depan. Ibu tak kisah ko kerja biasa-biasa je macam Ibu je pon dah besar nanti. Yang Ibu harapkan adalah utk ko sentiasa sayang & ingat pd Ibu & Ayah. Hormat kami seadanya sbg seorang anak & doakan kebaikan utk kami di dunia & akhirat kelak. Jangan tinggal solat & segala perintah Allah yang lain. Cintalah pd Al Quran krn itu sajalah panduan hidup yang paling penting utk kebahagiaan diri ko di dunia & di akhirat. Insyallah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat