Jiha & Jue Datang Beraya

Last night ada blogger datang beraya rumah aku. Memang best bila ada geng blogger yang rumah dekat-dekat nih. Takyah nak planning banyak sangat nak menjemput datang ke rumah. Helo-helo ala kadar jer deme dah boleh sampai. Hehe.

Memule Jiha Ibu Aqeef meses ckp nak datang rumah malam td. So aku pon balas kat FB ckp ok. Sila datang. Jiha nie duduk Taman Seroja. Masa bulan Ramadhan lepas, husband Jiha bertukar kerja di Bukit Jalil all the way from Penang. Maka bermulalah kehidupan mereka lengkap sekeluarga. Ohh I really love happy ending. Ehh, ending ker ek? Ending la sebab setelah bersusah payah hidup jarak jauh, akhirnya Allah satukan kehidupan mereka di bawah 1 bumbung. Alhamdulillah.

Taman Seroja nie tersangatlah dekat dgn rumah aku di Taman Ixora. Senang kata kalo naik kereta, 5 minit dah sampai. Hehe. So dalam 8.45pm, Jiha & family pon sampai. Sembang-sembang kejap depan TV, then proceed ke meja makan. Sempat jugak aku masak mee bandung dalam terkocoh-kocoh. Korang bayangkan la aku sampai rumah pukul 7.10malam, teros g dapur bersilat dgn habi sambil si Naurah dok sebok 'nak dokom Ibu' tak berhenti. Aku kesian jugak sbnrnya dgn Naurah sbb maybe dia rindu kat aku dah seharian tak jumpa kan? Tapi aku nak kena cepat memasak ni. Acane?

So nyambil-nyambil gaklah aku mendukung dia, pastu habi dokong, pastu adik aku Anje pon cuba menolong. Tapi kalo dah budak tu cuma nak Ibu, apakan daya kan? Tapi Alhamdulillah tepat pukul 8.00pm siap semuanya & bergegas semua naik ke atas utk solat & mandi. Fuhhh! Memang menggila wa ckp lu. Kebetulan pulak smlm habi ada kerja nk settlekan. Tu psl lambat balik dr opis. Pastu nyinggah pasar tani beli bahan-bahan masakan lagi. Memang kelam kabut jugaklah kami. Kui kui.

Sbnrnya aku tak sure Julia Mama Icha akan datang ke tidak. Udah ler aku takde no.phone dia. Meses si Ann Ilias, tak berjawab pulak. Ko takde kredit ape Ann? So dalam pd bajet Jue tak jadi datang, tgh syok-syok makan & nyembang sama Jiha, tetibe ada org bagi salam. Masa tu dalam pukul 9.15pm kalo tak salah aku. Yeayy!! Jue jadik datang sama Icha dompot & her husband. Last kami semua jumpa masa potluck gathering kat Taman Wetland 15/5/2011. Memang dah rindu sgt sama Icha. Apetah lagi dgn rambut baru Dora nya tu. Hehehe.

Jue & family duduk kat Taman Bunga Raya. Pon tak bape jauh dr rumah aku. Dalam 8 minit jer gitu kot =)

Jiha & Jue rupanya saling tak mengenali. So skrg dah kenal, rumah semua dekat-dekat, senang lah nk berjumpa lepas-lepas nie yek? =B Kalau dah namanya blogger, ada anak-anak mmg senang je masok menyembang. Tak kekok & sambil jenuh melayan karenah anak masing-masing. Baru 3 org budak yg ada, dah poneng mak masing-masing. Hahaha. Kecoh dibuatnya rumah aku. Best =)

Tak lama lepas Jiha mintak diri, pukul 10pm gitu Jue & family pon mintak diri jugak. Hujan pulak turun maha lebat. Angin kuat & kilat sabung menyabung. Dahsyat. Kalo tak fikirkan hari nie kerja, nak je aku suruh Jue tido rumah aku. Kekeke. So, gitulah kisah petang semalam yg havoc & malam yang merapatkan silaturrahim. 

Now, enjoice a few pics taken last night ok! =D (orang kontan tak dapat sayap malam tadi. thats y muka dia takde dlm gambar...ekeke) Gambo suami masing-masing lupe nak snap T_T

Welcome to my house =p





Siapa perasan Jue dah kurus???? Aku sgt perasan T_T

G pasar malam, dia nak otromen. Pdhal kt rmh x pernah bukak pon =.=

3 musketeers...hehe



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat