Kisah Naurah

Aku cuma nak berkongsi kisah tentang perkembangan Naurah baru-baru nie. Sejak dah pandai cakap Insyallah, now masok je kereta request sama Ibu & Ayah nak dengar lagu Insyallah from Maher Zain. Berkat aku pasang cd mamat tue everytime Naurah ada bersama di dalam kereta kot. Dalam banyak-banyak lagu, lagu yang berhantu tu jugak menjadi pujaan hatinya. Nampak sgt lagu tu mmg ada aura yang tersendiri kan?

Asal Naurah dgr lagu lain yang berbunyi di corong speaker kereta, pantas mulutnya menyebut ' nak Insyallah!'. So track cd no. 3 itu sajalah yang aku & habi dok tekan berulang kali. Bila nak habis je lagu, pandai cecepat cakap lagi ' nak Insyallah!' Haihhh. Tak dan nak masok lagu baru sikit pon lagi.

Minggu lepas ada klip video Insyallah tu dimainkan di tv Al Hijrah. Ralit sungguh la si kecik tu menonton. Sampai kan sebaik saja habis lagu, melalak kesedihan la dia. Ok. Bab nie ibu & ayah tak boleh nak tekan apa-apa button bagi ulang balik yer nak. Terpaksalah aku pujuk dia dgn chocolate spy senyap =.=

Pagi tadi tepat pukul 4 pagi, aku tgk tiba-tiba mata Naurah dah celik bulat. Siap senyum-senyum dgn aku sambil panggil Ibu!. Pandang belah sana, nampak Ayah tergolek dok pandang dinding. Dia panggil jugak, Ayah! Menyahut jugak laki aku. Hebat jugak pendengaran telinga dia. Ker dia mengigau? Hahaha...

Lepas senyum-senyum, dia pon request ' nak susu!'. Ok. Since Naurah mood baek, aku pon berkorban tak kejutkan habi utk buat susu bdk tue. Sekali sekala bg chance kat habi tak salah. Hehe. Lepas bagi botol susu kat Naurah yg sedang berbaring, bdk tu berkata-kata lagi ' Ibu baring!'. Dia suruh aku berbaring sebelah dia rupanya sbb time tu aku sdg duduk sambil memerhatikan dia spy minum susu betol². Dah makin pandai anak aku berkata-kata. Tiba-tiba di pagi buta yg hening, aku terharu lagi. Hehe.

Entah kenapa, Naurah tak boleh terus tido lepas menom susu. Kejap kepala dia kat kaki aku. Kejap kang kat atas perot aku. Kejap landing baik atas badan ayahnya. Kesian aku tgk dia. Tp aku pon x boleh nak buat apa. Tepuk-tepuk ajelah bontotnya sambil berharap dia lekas terlena. Maybe dlm pukul 5 pagi kami sama-sama tertido. Aku pon dah tak perasan.

Pagi tadi pukul 7.30am aku terpaksa kejutkan Naurah dr tidonya. Gara-gara berjaga sejam tadi tue. Syukur dia tak meragam. Aku dah bajet dia kompem buat pe'el sbb tido tak puas. Salah sangkaan aku. Cuma utk memastikan dia terus mood baik, aku mandikan dia dgn lap-lap air sejuk buat syarat aje. Kalo aku siram jugak dgn air sejuk, kompem moody budak tue. 

Naurah adalah tak suka air sejuk bila mandi. Tapi aku mmg tak rajin nk mandikan dia dgn air panas. Ikot sunnah Nabi biar bg air sejuk. Lgpn antibodi dia dah kuat. Tak flu dah if mandi sejuk-sejuk. So tahan jelah yer nak! Ibu tau kamu tak suka mandi air sejuk sama macam perangai Ibu dulu, kini & mungkin selamanya. Makanya Ibu tersangatlah redha.

Hebat kaki ko sampai jd lutsinar ye Naurah?



Popular Posts