Makan-Makan Syawal 2011

Akhirnya aku memberanikan diri create event utk jemput bloggers & sahabat handai di majlis makan-makan sempena Syawal pd 17 September 2011 bersamaan hari Sabtu nanti. Pd bloggers yang nak datang, sila lah berkunjung ke rumah yerp. Aku tulis open jelah kat sini pd sesiapa yg sudi hadir. For office mates, aku jemput tak semua. Bbrp kerat yang rapat jelah. Bloggers yang mana aku ingat berada di sekitar KL, Selangor, N9 juga dijemput melalui FB. Yang aku rasa macam duduk jauh cam kat JB or Penang mmg aku tak invite. Sbb macam tau takkan datang. Kan? Kann? Tapi kalo kebetulan anda boleh datang, apa salahnya kalo nak joinkan diri. Kecik tapak tangan, dulang aku tadahkan. Moh ler datang yerp! Jangan malu jangan segan.

Sepatutnya yang segan & malu nie ialah tuan rumah. Sebab rumah pon kecik, deco tak cantek, makanan pon simple aje. Tapi sebab ikhlas hati nie rasa nak buat majlis eventho maybe terpaksa korek savings, segan & malu diketepikan sajelah. Demi nak bersua muka & berlaga pipi dengan para bloggers sambil bermaafan dgn lebih afdhol, aku gagahkan diri jugaklah. Ada ura-ura habi nak sabotaj majlis aku buat nie dgn tidak memberikan kerjasama (saje nak sakat & takotkn aku la tue =.=) dalam hal ehwal memasak. Still aku pasti akan kerah tenaga lelaki dia habis-habisan. Hwahaha =B

Nanti la aku buat sticky post kat atas tu hah tentang majlis makan-makan Syawal aku ni yerp. Sudi-sudikan yer datang. Kalo tak dapat datang on that date pon, hari lain masih terbuka. Roger jer awal2 sebelum datang, Insyallah paling cikai sempat kot masak mee goreng mamak. Hehehe. I will wait for u guys...=D



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat