Moody Me

Apahal pulak lah hari nie badan rasa tak sedap pulak. Sakit & lenguh sana sini. Tak best betol rasanya. Nyampah tau! Nie yang buat muka aku org tengok cam nak lempang jer nih. Muke tak bercahaya lansong. Masam kalahkan cuka. Moody sungguh aku nie. 

Naik kerja hari Senin lepas, muka cam haram jugak. Bos aku tegur on Selasa sbb dia kata semalam (Senin) muka aku monyok aje, hari nie ko nampak ceria pulak katanya. Well, aku bg alasan hari Senin tu aku baru mula puasa ganti. Thats y kot. Hakikatnya aku nie mmg moody sket orangnya. Dari segi muka lah. Ahh, perangai aku nie pon kdg2 boleh buat org menyampah. Bile orang tegur, aku layan acuh tak acuh aje. Lebih2 lagi kalo aku tgh syok buat kerja haram aku update blog or layan FB. Rase cam sebok jelah orang nie nak tanya itu ini. Teruk tak aku? Ini pengakuan ikhlas nieh. Bukan senang aku nak terus terang macam nie. Hak hak

Aku sedar perangai buruk aku tue. Cuma cannot help it lahh kadang2 tue. Tenggelam dalam dunia aku sendiri sampai rasa meluat bila kena buat kerja yang sepatutnya. Kalo aku ceria, mmg syok ah kawan ngn aku. Tp datang perangai poyo aku tuh, mmg layak aku nie rasa mcm patot di lempang sajo. Bila aku ceria, ramai orang suke tegur aku. Aku pon rasa happy. Tp datang angin kus-kus atas bbrp sebab spt kesihatan or mood larik, mmg menyampah je org tgk muka aku nih. Cam cencorot basi. Hahaha...

Alhamdulillah puasa ganti dah selesai semalam. Hari nie start puasa sunat 6 pulak. Aku tertanya-tanya bolehkah puasa hari Jumaat juga sbb org kata kalo puasa Jumaat, Sabtu kena puasa jugak. Seb baek lepas google tadi, jwpn yang aku dpt if puasa Jumaat saja yang hukumnya makruh sbb menyerupai puasa orang Yahudi. So kalau pairing cam Khamis & Jumaat or Jumaat & Sabtu takde masalah. So since aku dah puasa hari nie, esok takde masalah la aku nak puasa jugak. Ok. Noted dah pasal nie =)

Sabtu nie ada open house nursery Naurah. So, takkanlah nak puasa pulak kan? Hehe. Kali nie nak lepak lama sikit kat sana. Nak tengok Naurah main-main dgn kawan dia. Kenal2 sama parents yang lain. Sambil amek gambo puas-puasa suasana kat sana. Nanti bleh la upload kat sini. Syok jugak capture gambo budak2 reramai nih. Macam2 aksi boleh tengok. Hati kite pon rasa happy. Aku suke jugak budak2 tp sometimes aku tak brapa pandai camne nk layan deme. Tp sejak ada anak nie better sikitlah rasanya aku dgn budak2 nih. Dulu lagi teruk rasanya. Nak dukung pon cam tak berani. Padahal dalam hati membuak-buak rasa nak menggomol. Heheh. Thats is me a few years back =p

OK. Ini ada gambo cilok dr FB adik aku. Gambo family ramai2. Kat camera aku xde sebab leceh nk buat setting timer. Nie pic dari camera abang aku. Bab Naurah x pandang camera tu x dapek den nak nolong eh! Gambo nie je yg paling molek since yg lain-lain lagi hampeh. Hahha =p

My big family on 1 Syawal 1432H/2011




Yang takde dalam gambo nie ialah kakak aku yang sulung Kak Lin & Abg Syahrul bersama dgn 4 orang anaknya. Juga adik aku Lisa & Mizan bersama anaknya Abu Bakar As Siddique. Kalo tak mesti lagi meriah gambo nie dgn budak2. Redho jelah dgn siapa yang ada nie. Memang susah nak dapat kumpul semua since turn giliran tu tak sama. Last year paling sedih sbb family aku je yg takde dlm gambo raya. Yang lain semua ada masa tu. Redho jelah yerp!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat