Motipp??

Kat opis aku skrg nie ada 2 keadaan yang aku ade sikit kemusykilan. Pertama pasal bos. Since admin section cuma aku sorang kat dept. nie, bos mmg amatlah suka menyembang dgn aku. Macam-macam yg dia cerita sampai kekadang aku cam naik malas nk melayan. Tapi since she's the boss, aku tadah jelah telinga mendengar segala cerita best mahupun tak best dari kacamata dia. Masalahnya bila aku byk tahu cerita tentang bos, keje aku asyik nak mengata & mengumpat dia sokmo. Adoii. Menimbun suda dosa aku pd dia. Tak pasal-pasal aje kan?

Iyelah....bersembang dgn dia, byk jugak gosip hot aku dapat. Nak simpan sorang-sorang macam tak syok. Tp dah nama pon gosip. Byk cerita buruk dari yang baik. Dosa kering je aku dpt free-free. Tak syoknya lah kan? T_T Tak tahu camne nk bg bos spy takyah cerita apa-apa kat aku. Tak tahu juga camne nk simpan keburukan yang aku tahu tentang diri dia. Acane yerp? Boleh kata kalo sehari tak ngompat bos, mmg tak sah ler. Jahatnya rasa diriku ini....uuuu..

Keduanya tentang officemate baru. Nie dah masuk bulan kedua rasanya minah nie masok keje kt sini. Tapi aku memang tak boleh blah la dgn orang mcm dia nie. Pot pet memanjang. Semua cerita pon dia nak amek tahu. Nak masok sama. Bile masa ntah kitorang kacik gile sama dia. Jenis tak segan silu sungguh. Sudahlah annoying asyik suara dia aje yg dengar kat tempat aku nie. Bila bersembang, sebatu boleh dengar. Laser pon boleh tahan jugak. 

Cth macam nie yerp. Kami kat opis nie kan kkdg berbalas emel atr kita yg rapat-rapat. Pastu buat lawak la hape la. Dgn muka tak malu dia nak soh cc ke dia emel-emel atr kami tue. Siap dtg tempat aku nak baca apa yg kami tulis. Ape kes pulak nie? Orang macam nie pon ada ka?

Seriously aku nie orangnya bukanlah kejam sgt. Laser pon tengok tempat jugak. Dgn kwn-kwn rapat tu kkdg gurau kasor sikit, perkara biasalah kan. Dah lama kenal. Memasing dah paham diri masing2. Tp yg mintah nie laa...tak tahu aku nk ckp cenggane lagi. Dah masok tempat orang, berilah salam. Ini jenis main terjah aje. Takde segan silu. Nak soh aku anggap dia tu org lama. Ape kess? Aku kenal ko pon tak byk mane. Tak tau boleh pecaye ke tidak. Suka suki jer nak tempelak org macam-macam. Amboi. Ini suda lebey. Aku da tahap meluat da kat minah nie.

Mengenang dia tu lebih tua dr aku & hormat atas sesama manusia jelah aku melayan dia berkata-kata tue. Kalo ikot tanduk aku, mmg aku bolayan aje dia ckp apa-apa ngn aku tuh. Tapi org mcm nie jenis tak makan saman sungguh. Kita nak abaikan dia pon tak boleh sbb she's too annoying. Bila ada problem, 1 opis dia nk canang heboh-heboh bg semua org tahu kesusahan dia. Poyo betol! Tak reti nak berdikari sungguh selesaikan masalah. Ape jenis manusia la nie ek?

Ok. Sekian terima kasih. Hari nie aku tak puasa. Motip? =.=


Popular Posts