My OH 2011 Review

Ok. Suara aku serak-serak basah macam ratu rock Ella hari nie. Batuk-batuk pon melanda sama. Penangan buat open house Sabtu lepas. Entah apa kena-mengenanya ntah. Haha. Serius badan rasa sakit-sakit ohh. Semalam lagi terok ah. Malam td dah makan panadol extend 2 biji sebelum tido. So ada kurang sikitlah sengal-sengal tu. Kat betis tu jer masih berasa kesengalannya. Maklom la jadik tuan rumah ke hulu ke hilir memanjang. Bz u! Ahahah =p

Overall aku puas hati dgn open house 2011 anjuran aku & habi yang lebih ramai jemputannya berbanding tahun lepas. Kan aku ada mention adik aku Lisa datang nak tumpang tido kt rumah aku kan hari tu? Rupanya parents aku pon ada sekali ok! Diorang sampai lewat malam Jumaat tuh. Aku sbnrnya macam dah dpt teka parents aku ada sama. Rupanya tepat sangkaan aku tuh. So takdelah rasa surprise sgt. Haha.

Diorang sampai tu betul-betul masa aku dah settled masak pudding jagung. Apa??? Hahaha. Ok. Ini bukan main-main. Ini cerita betul punya yerp. Sebab resipi google tu macam senang aje bahan-bahannya. So, takde masalah aku nk mencari kat pasaraya nun. Saje nak buat ada-ada. Sbnrnya kalo ikot sukatan yg disarankan, kompem molek aje jadinya. Tp since aku nie mana ade sukatan kat rumah kan? So bancuhan pertama terlembik, yg second je yg just nice. Sbb guna periuk multipurpose yg agak kecil, so kena buat 2 kali la nk memenuhkan tupperware tuh.

Nak bwk keluar agak malu. So bg pd family aje yg makan. Hahaha. Abang aku komen kata sedap rasanya. Cuma rupa ajelah yg kurang elok. Kena cedok pakai sudu sbb yg bwh tu lembik sgt. Tak berbentuk. Kui kui. Abang aku kata kalo dah jd lembik, better ada kuahnya. Well, susu cair dah habis. Tak kuasa dah aku nk pegi beli. So dlm fridge tu ada la lagi pudding jagung setengah tupperware lagi. Aku nak paksa laki aku habiskan. Wahaha. Ok la half-half la makan. Ekeke =p

Rendang daging adalah hasil masakan kasih sayang kami suami isteri. Tp chef utama dah jd habi bukannya aku. Wahaha. Abang aku kata sedap. Mak aku pon siap tanya resipi. Aku ckp rempah je bezanya. Selalu mak aku masak guna rempah rendang. Kami guna rempah kurma. Itu aje. So rendang adalah LULUS =)

Sup ayam? Well, since mak aku ada rumah, aku bg penghormatan pd dia utk jd tukang masak. Kekeke. Memang syok ah mak ada. Ringan jd kerja aku. Pagi-pagi aku dah sebok menggoreng begedil yang dah siap aku gaul bahan-bahannya semalam. Tinggal nak goreng celup telur aje. Goreng dalam periuk serba boleh memang memudahkan =) Dapur gas dua-dua mak aku guna utk masak sup. Terbaik ah sup mak. Ada ker dia ckp jgn ckp dia yg masak kalo org tanya. Tak tergamak aku nak tipu ckp aku masak weh! Kredit harus la pd mak. Thanks mak =)

Dlm pkl 12 tghari sbnrnya dah settled semuanya. Tinggal sikit-sikit je lagi. So dptla semua org rehat-rehat dulu sblm kembali sibuk melayan tetamu. Tetamu yang datang around 2.30pm adalah Elly, kemudian family abang aku dr Keramat, pastu Ann, Evyn, member kampong yg duduk dekat kat Taman Seroja, Huda & family, pastu geng matrix Ropeez & Achik. Ini semua adalah batch pertama sampai pukul 4.30 petang gitu. Kemudian rehat kejap sblm pukul 5.30ptg segerombolan family in law, family Busu & family Andak menyerbu rumah kami. Memang riuh rendah kalo org Semenyih dah mari. Pastu Siti office mate pon datang dgn kakak & ramai anak buahnya. Meriah jugak.

Tak lama kemudian Nurul datang dgn Raina. Pastu Ana Lyana with habi & Dani. Best best =)

Dalam 8pm gitu akhirnya Dayu pun sampai. Sembang sembang and makan-makan sampai dekat pukul 9pm sblm Dayu minta diri balik ke rumah. Sakan Dayu berjalan hari tue. Tp Eisya maintain behave. AnT sgt berkenan dekat awak tau Eisya! Meh tukar dgn Naurah. Hahaha. Kijam tak? =p

Tetamu terakhir yg balik ialah boypren adik aku Anje si Amir. Baik orangnya. Soft spoken & pandai berlawak. Pandai layan budak & basuh pinggan mangkuk. Kena dera sama adik aku soh basuh pinggan. Aku tak suruh pon. Seb baek x byk sgt. Elok aku turun bwh lepas mandi & solat sama habi & Naurah. Deme dah bersembang kat laman rumah. Then dia pon mintak diri. Terima kasih sbb dtg, jumpa lagi.

Kepada yg datang semua, terima kasih sbb sudi memeriahkan majlis. Seronok sgt buat. Menu pon simple jer pun. Sup ayam boleh makan sama bihun, mee or nasi impit. Pastu ada rendang daging. Begedil, taugeh, daun sup, daun bwg, bwg goreng, soo hoon goreng, ayam rebus carik, sambal kicap. Menu diet gak nih. Hehe. Kuih karipap sama seri muka pulak tajaan MIL. Pastu sosej comel & nugget ayam utk budak-budak. Nak goreng macaroni dah malas. Haha.

Hrp tak serik datang rumah kami. Terima kasih semua. Insyallah jumpa lagi next year. Doakan moga rezeki kami sentiasa murah. Amin =)

Gambar-gambar lepas nie yerp! Tungguuu.....

Bagi terliur dulu =p


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat