Open House Dayu & Hany

Entry pagi nie of course nak update pasal pegi Open House di rumah Dayu & Hany semalam. Around 2ptg aku & family bertolak dari BBST menuju ke Subang Jaya. Bila lalu sebelah Mydin besar teros cakap ngan habi balik nanti kite singgah kejap ye bang. Tak sedar diri nak pegi ke rumah Hany pulak di Bangi. Seb baek habi pantas mengingatkan. Kalo menyinggah sana, pukul bape nak sampai rumah balik gaknye kan? Huhu...

Tak susah sangat mencari rumah Dayu walaupun hampir-hampir saja nak call Ekwan. Bila nampak banyak aprtment, hati dah senang & terus nampak blok tulis Merpati. Tanya guard & kami pon dipersilakan masuk. Kebetulan masa nak naik rumah Dayu, kami 1 lif dgn mamat sorang tu yang maybe kawan Ekwan kot. Dengar dia sebut no. rumah Dayu, teros jelah follow dia & nampak dah Ekwan. Keh keh.

Sampai-sampai je, masuk & terus nampak Pja. Yeayy!! Dah laga pipi dgn tuan rumah, persilakan dulu habi guwe makan sebab kesian kat dia dah pukul 2 lebih masih belum lunch.  Duduk kejap ngn Naurah, tgk mood dia elok aje, bagi kuih Almond London, biar dia ddk ngn anT Pja kt sebelah. Aku pon amek pudding jagung, suap Naurah, pastu isi lak Laksa Penang yang marbeles. Sedap. Sedap. Dayu pandai masak. Sempat gak ckp ngn dia kesedapan laksa tersebut. Katanya dia pon baru first time guna resepi google tuh. Hahaha.

Tak lama kemudian Nurul ibu Sofiya pon sampai. Ringan betul si Sofiya tulah. Tak macam dah 1 tahun umurnya. Berat dia maybe 6kg+ sikit je kot. Best dapat gomol2 si kecik yang tak takut orang tuh. Rasa mcm baby sangat sampai Naurah pon cam teruja ingat baby lagi. Padahal sebaya ok Naurah! Hak hak.

Husband Pja nampak susut badannya from the last time tengok masa kt Cyberjaya hari tue. Pja pon maintain aje kurus cam biasa. Cantet aje bermekap. Nyampah! Tak sudah2 aku dok menjeles ke orang saje. Haha. Adik Pja pon ada. Mika debab pon as usual tak boleh ler nak ddk diam. Suke dia kawan sama Naurah. Habi ckp Mika pon da susut berbanding dulu. Biasalah budak dah melasak. Then tak lama Ainul pon datang. Dapat la snap gambo dia & Arreessa yang takmo anT nie pegang. Ingatkan nk tlg pegang spy Ainul boleh makan dgn tenang. Tapi dah si kecik tu taknak, tak dapat la den nak nolong eh!

Bila Pja mintak diri, aku pon mintak diri samalah sbb ada lagi 1 destinasi. Ohh..lupa nak cerita pasal Eisya tak sihat. Kesian tgk muka dia sayu aje. Melekap kat Ekwan. Bdk tak sihat mmg gtulah. Dalam kereta masa nak memulakan perjalanan seterusnya, Naurah dok menangis la pulak. Yelah tgh syok-syok tgk ramai org, tetibe ibu ayah ajak balik dah pulak. Pujuk la ke dia ckp kite nak pegi jumpe kawan lagi nie. Seb baek dia diam pastu. Kesian pulak aku tgknye. Hihi. Ok, enjoy the piccas at rumah Dayu dulu k!

Mula-mula sampai kat floor Dayu, Naurah nak main2 pulak dulu. Tamo ikot kami. Sabo jelah..
Mika & Pja, Dayu & Sofiya
Naurah takot ngn Pja...wakakka..baru-baru of kos lah malu kan...
At least Naurah takdelah nak melekap je ngn aku. Dpat la makan laksa dgn tenang. Wee!!
Eisya tak sihat
Sempat aku dudukkan Naurah sebelah Ainul..kekeke =p

Ke rumah Hany, sampai jer guard nak masok Uniten tue, teros tanya kat mane. Siap ada guard hantar naik moto tunjukkan kat mane. Senang. Hehe. So enjoice piccas rumah Hany pulak yerp!

Peace Faqihah guna 2 tangan...hahaha
Budak cintakan ilmu mcm nielah gayanya..pantang nampak..nak blajo saje...
Hany mengejar Faqihah utk disuap dadih..ekeke...
OK dah nak balik. Bye-bye. Thanks to anT Dayu & anT Hany krn sudi jemput kami. Tahun depan jemput lagi yerp! Kite jumpa lagi Sabtu nie di rumah saya! Insyallah =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat