Cerita Hantu #2

Tahun 2005 kalau tak silap aku peristiwa misteri no.2 nie berlaku pd diri aku. Masa tu aku masih belajar kat UPM. Tapi dah final year la. Kelas tak banyak sangat. Ade sekali tu aku, Kak Ya & Abg Eddy balik kampung sama-sama kat Johor. Balik ke KL semula dah tengah malam. Since Kak Ya ada meeting kat KLCC pd keesokkan paginya, dia ajak aku tido sekali kat hotel cum service apartment @ The Ascott. So aku pon ikot ajelah sebab esoknya takde kelas.

Kitorang sampai kat hotel lebih kurang pukul 2.30am. Tingtong tongtong dekat pukul 3.00am barulah masok bilik nak tido. Lepas hanto kitorang, Abg Eddy pon teroslah balik ke rumah sewanya di Cheras. Masa nie Kak Ya masih bekerja dgn Petronas Methanol kat Labuan. Tengah tahun 2005 baru dia dapat pindah ke KLCC. Right after aku habis belajar. Hehe. Cam kebetulan pulak yerp? =P

Masa masok lif menuju ke bilik lagi aku dah rasa lain macam. Tak tahu nak describe perasaan tu macam mana. Tapi bolayan ajelah sebab da ngantok tahap cipan time tue. Yang aku tahu cuma nak cecepat masok bilik & sambung tido yang terganggu dalam kereta tadi. Sampai aje bilik, lepas solat isya' semua, kitorang pon tido. Katil king kongsi 2 orang adalah sgt selesa. Huhu.

Masa aku tengah cuba utk tido nielah ada entiti menggangu aku. Siot betol! Asal aku nak terlelap aje, dia kaco. Sape tak sakit hati kan? Tak boleh tido aku jadinya. Asyik kena hempap sokmo. Nak melepaskan diri bukan main susah pulak tu. Pastu bila aku cuba bukak mata, dia tunjuk pulak diri dia dok tgh syok berdiri pandang ke aku. Ciss! Saje je kann. Entiti tu berupa seorang perempuan berambut panjang & berbaju putih. Nampak samar-samar gitu ajelah dalam pada mata aku dok nak terbukak tertutup tuh.

Baek punya dia berdiri kan penjuru bilik tuh. Masa aku cam mengerang-ngerang sebab nak lepaskan diri dari hempapan berat tuh, Kak Ya pon sampai noticed. Bila aku dah berjaya lepaskan diri, aku mengeluh marah. Kak Ya pon tanya, kenapa? Aku cakap jelah ada benda kacau. Hehe. Kakak aku tu dah la penakot. Hahaha. Teros dia tarik selimut selubung 1 badan. Kuikui. Tak lama lepas tu akhirnya aku dapat lah tido.

Selepas solat Subuh, kitorang pon sembang-sembang. Kak Ya cakap sbnrnya dia pon rasa something wrong aje masa masok bilik tue. Tapi dia diam ajelah sebab dah mengantuk sgt. Malas nak fikir apa-apa. Tak sangka pulak benda tu dok kaco aku. Aku ckp dgn Kak Ya yang rasanya benda tu dok ikot dr dalam lif lagi. Maklumlah dah pukul 2-3am waktu tue. Dah masa deme. Kitorang pon 1, silap sebab tak bagi salam masa masok bilik. Dah penat & ngantok sgt la katekan.

So pagi-pagi tu Kak Ya pon pegi meeting kat KLCC. Aku tinggal sorang-sorang dalam bilik. Seram weyh! Walaupun siang, suasana dalam bilik tu memang creepy gila. Nak menghilangkan rasa takut, aku tengok tv pasang sound kuat-kuat. Hehe. Bila dah tengahari sikit, aku cam berani la sikit. So jenguk la kat bath tub & kamar mandi semua. Tiba-tiba aku dapat cam instict or imbasan tentang ada perempuan mati bunuh diri kat dalam bath tub tue. Ngeri woh!! Darah banyak giler. Huhuh.

Bila Kak Ya dah settled meeting, aku pon cerita kat dia psl imbasan aku tuh. Cecepat ajak check out g jenjalan mana-mana sebelum dia off ke KLIA & dropped aku kat UPM.

Sekian, cerita mistik no.2 aku. Seram tak? Seram takkk? Hakhakhak =B



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat