Cerita Tauladan #1

Bos aku merangkap HOD department nie seorang perempuan. Dia tak dikurniakan anak oleh Allah. Mungkin ramai yang kata kesiannya dia takde anak. Sedih. Aku pon pk gtu jugaklah dulu. Tapi setelah bertahun-tahun mengenalinya, aku sangat percaya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Cara aku tahu hikmah disebaliknya wujud ialah melalui contoh 1 cerita benar ni yerp. Aku tak mereka cerita. Tak best reka cerita nie sebab tak feel nak cerita. Hahaha. Spt yang aku pernah mention dalam entry aku tak berapa lama dulu, bos aku nie sgt suka cerita macam-macam perkara dgn aku. Naik saje cuti raya hari tu, dia pon selok la bercerita tentang dia nak buat open house. Dia kata tak selalu buat. Dlm 2 tahun sekali gitu. Aku tak amek port dia nak buat sekerap mane pong sbb dia tak pernah jemput aku pegi open house rumah dia. Dia kata utk sedara mara & kenalan rapat aje. So aku tahu la aku nie berada di level mana kan? Hehe.

Eventho kawan baik aku kat opis nie cakap tak baek tak jemput sedangkan dia dah gebang cerita macam-macam dgn kite, aku yang dah 5 tahun+ bekerja dgn dia, tak terasa hati ape pong. Dah kenal sgtttt. Kuikui. Org kata ajak-ajak ayam pon at least ajak kan? Bukannya kite nak pergi sgt pong kan? Tapi dah mmg dia jenis hati kering gtu. Tak kisah lah kan. Redho. Hahaha.

So weekend dia dah lepas buat open house rumah dia tue, selok pulak dia cerita kat aku tentang betapa ramainye jemputan yang hadir. Dan tak sudah-sudah dia komplen. Ehh..tetibe laki aku masok opis aku lah. Hensem pulak dia hari nie. Malu dia aku tgk aje dia senyum-senyum. Auww...aku mmg suke sakat dia. Comel!!! Gerammm!! Hahahha.

Ok sambung balik cerita. Bos aku tak habis-habis komplen pasal kelakuan tetamu yang datang rumah dia hari tue. Paling aku terasa masa dia ckp ada mak budak datang rumah dia tumpang toilet. Pastu pampers budak tu dia tinggal aje gtu dalam tandas. Tak buang. Pengotor betol katanya. Pastu dia sambong pot pet lagi. Dia ckp kalo dia ada anak, mmg dia tak bawak anak dia jalan g mana-mana. Lebih2 lagi ke rumah orang. Dia kata nanti buat sepah rumah orang usik barang semua. Menyusahkan. Pada dia kalo dah dalam umur tingkatan gitu baru boleh bawak berjalan sebab dah dengar kata. Pastu dia cakap mak dia dulu buat gtulah masa dia n adik-beradik lain masa kecik.

Aku bayangkan kalo dia ada anak, sangat tak bernasib baiknya budak tu ada emak seperti dia. Mati kejung kat rumah dengan bibik aje kot. Ok aku exaggerate sikit. Hehe. Tp being a mom skrg nie, aku rasa sangat tak patut la anggap anak itu menyusahkan kita utk bergerak kemana-mana.

To tell u guys the truth la ehh. Aku masa bujang dulu tak suka sgt outing sana sini. I'm a homey person. Pegi kenduri kawen lagi lah malas. Tapi dah jadik mak orang nie, ligatnya bukan main. Sampai habi pon naik poneng aku selok nk berjalan sana sini. Dah ada anak nie aku suka sgt bwk dia keluar, enjoy the world from her point of view, bg otak dia cergas gitu.  Seronok bila nampak anak happy dapat jalan-jalan & berlari puas-puas kat tempat lapang. Tgk dia tenggelam timbul dalam kolam renang, gelak ketawa dgn ayahnya. Woww....the best moments ever. Aku rasa mak-mak sekalian yg baca nie pasti setuju dgn aku. Kan? Kann?

So inilah yang aku kata hikmah Allah tak bg anak pd sesetengah orang. Ini kisah sesuai gunapakai utk org mcm bos aku la. Aku tak nafikan ada pasangan suami isteri yang tak macam dia, itu lain pulak hikmahnya. Mungkin hanya Allah yang tahu. Tak gitu?

Pastu didikan mak bapak pada anak mmg jd darah keturunan kan? Dulu mak dia buat mcm tu kt dia, then dia pon nak buat kt anak dia mcm tu jugak. Pd aku kalo benda baik ajarannya, boleh la ikot. Tp kalo mcm tak berapa baik, nak ikot buat hape? Otak ade sndiri pk la kan? Hati kering sungguh la! Macam mana mak bapak kita, macam tuelah kite & turun ke anak cicit kite pulak in future.

Antara rungutan lain yang aku dengar dr mulut dia ialah, dia tension bilik air dia kotor, air merata basah-basah semuanya, kepala paip rosak, org makan kat sofa yang dia baru tukar fabricnya & ada org tak reti bwk telekung sendiri dr rumah sebok nak pinjam telekung dia. Wallahualam. Moga jd sempadan & tauladan buat kita semua.




Popular Posts