Critterland & Detim With The Sayams

Apekehal pulak lengan aku lenguh-lenguh sangat ni ek? Mesti sebab byk sesi berdukung dgn Naurah semalam neh. Seb baek lemak banyak kt tgn. Dapat cover sket kesengalan yang terasa skrg nie. Ape kena mengena ntah? Hahaha...

Alhamdulillah semalam happy la dapat berkumpul ramai-ramai dgn bloggers momma semua. Tgk keletah anak masing-masing yang super duper cute & sweet. Eventho tak dapat beramah mesra mana dgn para mommas sekalian, paling koman pon dapat jugak berbalas senyuman if tak sempat bersalaman & laga pipi pon. Thats good enuff for me =)

Malang sebab charger camera ntah kemana-mana. So tak dapat nk upload gambar hari nie. Nyampah! Seb baek dpt cilok 2 gambo nie dr fb Ann & Ana Lyana. Jadik la yerp buat hari nie. Esok kalo jumpe dah charger tu g lepak mana, aku upload gambo-gambo dari camera aku pulak. Tungguuu.....

At Ann Ilias house after having fun at Critterland

Just a bunch of us after the official photo shoots ends

Kat rumah Ann Ilias just a few of us. Meraikan mek Na yang datang jaoh dari Kuantan. So aku dgn juadah soto, Ann dgn spagethi & cream puffs + air, mek Na dgn kek karamel rainbow super soft & sedap (kempunan aku akhirnya hilang hihi), Fad with seven cheese pizza 2 kotak besar & tetamu kehormat yang datang lambat Evyn dgn nuggets & jemput-jemput nuggetsnya. 

Of course semua juadah tak habis makan dalam 1 masa. So tapau menapau pon dijalankan dgn penuh jayanya. Ada orang jaoh tapau begedil aku dekat 10 biji. Sape ntah. Hahaha. Apa-apa pun aku puas hati gaklah sebab tak membazir masak soto tu susah payah dgn habi. Malam sebelumnya tu lepas balik kerja terus ke pasaraya beli bahan-bahan. Pastu bersihkan ayam, potong apa yang patut, buat sambal kicap, rebus kentang semua. Sampai flat gila kitorang malam tu. Tapi at least kerja dah separuh siap.

Pagi esoknya sampai terlajak bangun pukul 6.45am. Tak sampai hati nk kejutkan habi eventho dia kata nak tolong lagi paginya tu. So tung tang sorang-sorang kat dapo rebus ayam, goreng tahu, goreng begedil bagai. Tak lama pastu habi turun dgn Naurah & dia pon settlekan buat sup ayam menggunakan resipi rahsia mak aku hari tue. Hasilnya, wallah. Sedap pd tekak aku & habi bila kami breakfast soto semangkuk kongsi dua sebelum bergegas bersiap utk ke Critterland.

Seperiuk sup aku bwk dari rumah berbungkuskan dgn kain batik. Seb baek dpt idea buat gitu. Sampai rumah Ann terus letak atas dapo & panaskan. Siap! So lunch kami semua meriah dgn pelbagai juadah & sessi bersembang sampai lebih kurang pukul 3.30 petang dari jam 1.00 tghari. Puas. Nak dapat kumpul reramai gitu bukannya senang.

Lepas nie mungkin giliran kami yang di KL pula kena turun ke Kuantan. Next year Insyallah. Kan Ann kan? Ada orang tu selok nak jadi tuan rumah pulak. Hehehe =P

Sampai jumpa lagi kawan-kawanku sekalian. Moga jalinan persahabatan yang kita bina akan kekal hingga ke akhir hayat. Insyallah =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat