Dentist & Sahara Tent

Ok. Banyak cerita berlaku weekend lepas nih. Kite update ikot turutan yerp! Pada hari Sabtu, aku with Kak Ya, Anje & Naurah a.k.a Norah Jones pegi ke klinik gigi Nazreen kat pekan BBST. Kak Ya ajak ke sana sbb nak cuci gigi & tampal gigi berlobang. As usual, aku amek kesempatan nak tampal sekali gigi berlobang aku tuh setelah sekian lamanya tertangguh akibat ngeri mahu berjumpe doctor gigi. Bila Kak Ya kata dia boleh bayarkan sekali kos rawatan gigi aku, tak fikir panjang agreed nak buat sekali. Rezeki mane boleh ditolak kan? Kehkeh

First time pergi ke klinik tu, bila sampai ada a few peoples waiting their turn. Kak Ya dapat giliran ke 5 & aku ke-6. Mula-mula plan nak g jalan-jalan dulu. Tapi bile rasa cosy ddk dlm klinik tu dgn channel Disney cartoon sentiasa terpasang, we decided to wait until our turn came. Sembang-sembang, tak rasa lama sgt pon menunggu. Bilik pon ada aircond & sofa empuk. Selesa sgt =) So gigi aku dah pon bertampal di bahagian atas & bwh geraham. 1 tampalan kekal & keras. 1 lagi tampalan sementara sbb nk tgk dulu gg tu sakit ke tidak dlm seminggu dua nih. If x sakit, kena dtg lagi & doc buat tampalan keras teros.

Bila doc tanya, nak cabut ker? Hohoho..tidakkkk!! Aku ngeri nk cabot. So selamatkan jelah dulu of boleh selamat. Nampak gaya takde sakit-sakit pon. Lega. Takmo ah rongak. Haha. Tp serius ahh ngilu & maha sakit masa doc korek-korek ngn alat dia tuh buat lobang lebih besar utk letak simen tampalan tuh. Rasa mcm dlm mimpi ngeri sungguh T_T Nanti masa buat tampalan keras, aku nak cuci gigi sekali sbb doc kata plak dah byk kat gg aku. Huhu. Seb baek x mahal sgt kos cuci tu. Dalam $85 je kalo tak silap aku. Tapi tunggu gaji gaklah nak buatnya. Bajet gaji bulan lepas dah yillek. Total kos tampal gigi 2 ketui = $110. Kak Ya bayokan. Takpe. Lega sbb aku mmg tinggal $50 je dlm purse. Wahaha =P

Pas cabot gigi, Kak Ya ajak makan Pizza pulak. Aku makan spagethi seafood, deme order pizza baru tuh. Aku cilok rasa deme punya. Sedapppp! Huuu...so tapau 1 pizza besau utk habi dimana aku pon cilok makan lagi 2 slices. Kunun nak bermusuh dgn fast food kan? Hahaha. Its so tempting lah! Tak boleh tahan aku. Cheese dia tu yg buat sgt sedap. Pastu tepung pon tak tebal. Just nice dgn intinya. Oleh sbb itu, hari nie aku puasa sunat hari Isnin lagi. Hahaha. Cover balik beb!!!

Dalam pukul 3.30 ptg tetibe PIL aku datang cilok Naurah & habi bwk pegi kedai emas. Deme tukar gelang tgn Naurah yg dah ketat. Now budak tu dah ada gelang baru rege $1200. Dah hampir sama rege dgn gelang nikah aku habi belikan dulu. Takbleh jadik nie. Habi! Rantai emas 10gram satu!!!! o_O Fengsan laki aku. Hahaha.

Pukul 5 petang lepas solat Asar, kami semua gerak ke Alamanda pulak. Mahu jumpa sama Abg Eddy. Ade dokumen Anje kena bagi pd dia. Kitorang had dinner early around 6.30pm at Sahara Tent. Restoran arab dekat dgn Penang Village. Nice decorations & environment. Tapi pricey sket ahh the food. Its tastes delicious & the portion is just nice for Malaysian peoples. We had chicken kabsah, mandi lamb (kambing mandi kah? haha), fries & sahara chicken. Tak sempat nak snap gambo sebab tau-tau je dah licin. Hahaha. Sempat snap few moments ajelah. Gambo-gambo gediks =P Sebab amek guna henpon c3, maka gambo buat large aje. Kualiti hancusssss...x sabo nk tuko henpong hehe...

Pas makan, Abg Eddy balik & kitorang round Parkson pulak. Turun bawah nampak Cold Storage, singgah nak beli brg-brg buat trifle. Haaa...itu citer lepas nie yerp. Special entry aku tunjuk gambo trifle buah-buahan yg slurrrppp..sedap. Ada lagi kat rumah. Tak sabo nak makan buka puasa nanti. Hahahha. Tungguu......

Abg Ayan dah pandai buat peace!

You need to practice Naurah. Haha
Arab Tea ada rasa minty. 1 pot = $20 =.=

Cth gambo gediks..hahaha

Peace lagi...

More peace...kehkehkeh

Cak!! Ngada-ngada. Tampo kang

Tetibe berak pulak. Masok nappy room tukar. Lupa bwk diapers, terpaksa beli kt situ. Mahal T_T

The room is quite nice isn't it? Comfy




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat