Ibu Bekerjaya

Malam td habi sakit kepala kronik lagi. Muntah-muntah selang seli dgn chery berry. Kesiannya dia. Tak tahan sgt sakit kepalanya sampai kejut aku tgh tido suruh tolong picitkan kepala dia. Dah makan ubat pon muntah balik. Usually kalo penyakit nie dtg bukan tgh-tgh malam & pagi buta, mmg aku urge dia pegi klinik amek injection kat doc yang dia selalu pegi tu jer. Lepas kena jab, tido, dah sihat. Takyah susah diri nak muntah bagai. Tp kalo dah tgh malam gitu klinik ape yg bukak? Dia pon tak kuasa nak keluar katanya. So menahan jelah sakit gitu.

Bila dia kena sakit gitu, mmg dia takkan dapat tido. Mundar mandir dalam bilik menanti rasa nak muntah tuh. Bila baring dia pening katanya. Pastu angin pon manjang keluar ikot mulut mcm orang sendawa. Memang horror lah habi kalo kena sakit kepala nih. Kesian sgt tgk. Punca sakit kepala sbb dia super penat after drive from Semenyih-Simpang Ampat, Melaka-BBST, Sepang. Mmg lepas mandi dia flat je aku tgk. Tp tak sangka sampai kena sakit kepala gitu sbb masa tgk game Man U vs Man C dia tertido elok jer. Lps naik bilik atas tu dia jd sakitnya. Hurm. Seb baek Naurah tido nyenyak je sampai pagi. Kalo tak fenin aku nak pantau 2 org sekaligus. Huhuh...

So hari nie habi pon mc. Terpaksa lah aku drive ke opis naik JHT. Bila dah lama tak drive kereta, rasa macam super cautious when driving. Cermin sisi sentiasa dijeling. Kelakar. Hahaha. Sampai opis early than usual time. So bos pon tnya ' awal ko hari ni Na?'. Aku pon jwb ' Iz mc bos. Sorang-sorang mmg cepat sikit lah'. Dia pon ' haa..betol tu. klu tunggu orang tu yang selalunya leceh. lambat!'. Saje je dia tekankan suara dia nk hint aku soh dtg cepat sket then usual time tuh kan? Hehehe. Gasak!

Well, aku masa single mmg orang yg tak suka datang lambat. Usually pukul 8 or lebih sikit dah sampai opis. Bila dah kawen nie je yg kena ikot masa suami. Lgpon kerja dah jd double dgn adanya anak. Nak mandikan dia, siapkan dia & hantar nursery. Semua tu dah makan masa jugak kan? Plus tabiat habi yang suka kemas rumah selagi boleh sebelum keluar kerja. Pinggan nak kena cuci siap-siap. Botol susu pon semua wajib dah basuh. Bantal yang bergelimpangan depan tv kena susun balik & sempat gak dia sapu sikit-sikit living room tue. 

Sometimes pepagi tu dia sidai baju yg dh basuh malam td jugak. Itu blm masuk dia iron baju keje kitorang papagi tu. Iron dgn cermat sampai dekat 1 jam. Huuu....kalo aku gosok cincai aje asal nmpk gosok x kedut. Maybe amek masa half je dr masa dia. Tp sbb aku rajin baring atas tilam lama dr dia, tu yg tak dapat nk kata apa tu. Wahahaha =P Bila mcm nie kan life aku skrg, aku terfikir macam ikot saranan Islam sungguh lah. Isteri tggjwb jaga anak sebaiknya saja. Pastu suami buat semua kerja rumah =D

Tapi tang isteri bekerja tu dah tak jd ikot suruhan agama dah la kan. Ape nak buat. Kalo habi sorang-sorang keje, maybe lauk makan kami hanya telur ayam hari-hari yang dipelbagaikan masakannya. Kejap dadar, kejap masak kari, esoknya masak kicap, lusanya masak sambal. Kalo nak rasa selesa sket, mmg aku kena kerja. Takde choice maa. Blm lg tggjwb aku berbakti pd parents & tggjwb bayo loan ptptn. Takkan tggjwb tu nak serah pd habi sepenuhnya kan? Rasa bersalah la aku kalo gitu pd habi kan?

Aku pernah jg ckp yg aku tak betah ddk rumah jaga anak 24jam selepas merasainya selama 2 bulan confinement dulu. Itu hanya salah 1 sebab saje. Sebab yang lain tentu saja spt di atas tuh. Sekiranya tetibe habi dapat keje gaji RM10k sebulan, Insyallah aku akn tolak tepi rasa tak betah ddk rmh jg anak tu & berusaha ddk rmh menguruskan hal ehwal rumah sebaiknya. Apa yg Islam sarankan, pasti byk hikmahnya. Aku pon bukan tak rasa sedih bila Naurah ckp bukan-bukan hasil pergaulan kat nursery sedangkan kalo dia ddk rmh aku jaga Insyallah takkan pernah tahu utk sebut perkataan-perkataan tu. Apatah lagi dalam usia yang sehijau skrg nie. 

Hati ibu mana yang tak rasa bersalah pd anak bila terpaksa tinggalkan dia demi mencari rezeki tambahan utk keluarga? Mesti ada rasa terkilan barang secubit pon dalam hati kita kan? Mendidik anak kan tugas ibu bapa. Semuanya bermula dari rumah. Tapi bila masa dah kurang utk anak, banyaklah cacatnya sana sini. Nak buat macam mana? Redho jelah kkdg tu. Mana yg tak betul, cuba aku betulkan bila Naurah dgn aku. Tapi masa kita dgn dia on weekdays yang 3-4jam sblm waktu dia tido lawan dgn masa dia 8 jam kat nursery, mana lebih berkesan? Sendiri mau ingat la kan?

Bila Naurah bebel sorang-sorang marah sama cat yang masuk rumah, sebijik gaya pengasuh marah budak-budak kat nursery. Mula-mula terasa kelakar. Tp lama-lama aku terfikir jugak tentang pengaruh tak baik dr dunia luar. Sedikit sbyk personaliti anak aku akan bertitik tolak dr pendedahan dia pd dunia nursery. Yang baik, tak apalah. Yg buruk? Kat situlah datangnya rasa bersalah pd diri aku sebab tak menjaga & mendidik Naurah dgn kudrat aku sendiri. Di akhirat nanti pasti Allah akan persoal pd aku tentang perkara nie. Hurm...aku pun tak tahu apa nk jawab. Blh ke bg alasan mcm yg kt atas tu tadi? T_T Entah lahh....

On weekend aku sambung lg baca buku Cara Mendidik Anak Perempuan karya seorang penulis arab Abdul Mun'iem kalo tak salah aku. Dalam buku nie si penulis tak setuju tau dgn situasi ibu bekerjaya nih. Aku baca alasan dia mmg ada betulnya jugalah. Pandangan dia & juga dr sudut agama Islam. Buat aku rasa serba salah pun ada. Dia cuma membenarkan wanita bekerja bila benar-benar memerlukan. Cth mcm ibu tunggal. Adakah situasi aku benar-benar memerlukan utk bekerja & tidak menjaga anak dirumah? Wallahualam mis sawab....



p/s: pagi tadi lepas mandi, kuar bilik air, nampak Naurah tgh baca buku sorang-sorang, habi atas katil. dia baca la ntah hape-hape jer. tetibe rasa sayu T_T patutnya itu tugas aku mengajar dia. tp sbb nk pegi keje, tak dapat nk attend sama anak. kalo xyah pegi keje jg boleh jaga suami tgh tak sihat. haih.....



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat