Keranamu Naurah


Korang masih ingat lagi tak yang dulu si Naurah pernah kena febrile fits. Yang menyebabkan dia admitted di An Nur Specialist selama 3 hari pd akhir bulan April lepas. Kemudian aku pernah juga post entry tentang Naurah terjatuh kakinya tersadung wayar washing machine pastu mulutnya terdagul pd tin susu yang dimainnya. Tin susu ke tin beskot. Aku pon dah tak bape ingat. Hehe. Tp sebab kejadian tu, pecah bibir bwh Naurah di bahagian dalamnya sampai darah bertakung-takung T_T

Sebenarnya 2 peristiwa di atas mengajar aku erti menjadi seorang Ibu. Ada kesan pd diri aku bersabit dengan 2 peristiwa di atas. Cuma aku tak sure kesan tu positif ke negatif. Pertama bersangkut paut dgn kes febrile fits. Aku jadi super takut bila membayangkan yang aku akan kehilangan Naurah. Anak aku satu-satunya buat masa ini. Ibu mana yang sanggup kehilangan anak yang dikandungnya kan? Its a worst nightmare ever. 

Masa Naurah kena fits tu, aku dah lalui perasaan betapa takutnya kehilangan orang yang sangat kita sayang. Memang sangat menakutkan. Terlalu takut sampai rasa lemah longlai seluruh badan. Seriously aku kalau boleh nak padam segala ingatan aku tentang kejadian masa tu. Tapi aku kuatkan semangat utk mengingatinya krn ia juga merupakan asam garam kehidupan apb menjadi seorang ibu. Semua yang hidup, pasti akan mati. Cumanya aku berdoa moga umur anak-anak aku nanti semuanya dipanjangkan Allah & diberikan kebaikan sepanjang kehidupannya. At least biarlah aku yang pergi dulu sebelum mereka. Wallahualam.

Peristiwa kedua berkaitan dgn darah. Sebelum kejadian itu, aku bukanlah seorang yang takot darah sangat. Kira boleh tahan lagilah selagi tak tengok darah membuak-buak mcm leher lembu kena sembelih tu. Takat ayam kena sembelih aku ok lagi kot. Hihi. Tapi lepas kes Naurah hari tue, aku rasa aku dah jadi takot dgn darah la weyh. Rasa nak pitam tau masa tgk darah Naurah masa tu. Mmg dah seram sejuk, naik bulu roma & lemah longlai lutut aku dibuatnya. Nafas pon macam rasa sesak. Dada rasa terhimpit. Tak pernah aku jadi macam tu sebelum-sebelum nie.

Bab darah nie payoh sket la kalo jd kt aku bebetol bab pitams ni. Sebabnya laki aku memang takut darah. Dia pon boleh pitam kalo darah banyak-banyak. Nak termuntah pon ada katanya. Let say aku dah jd sama penakot darah mcm habi, kalo jd pape kt Naurah, payoh ler kalo kami dua-dua pon nak pitam. Tak gitu? Naurah need attention from us, but both of us are not in a situation to help her. Acane pulak gitu? T_T Bahaya la gitu kan? Hurmm....

Dulu juga aku tak berapa ngeri tengok gambo-gambo eksiden yang mengerikan or orang mati kena bunuh yang di fwd kepada aku by email. Tapi sejak dah ada anak  ni, sebolehnya memang aku taknak tgk gambo-gambo yang mengerikan nih. Kat FB kan skrg org asek la share budak-budak kena langgar kereta, baby di dera & dibunuh bagai. Ya Allah, tak sanggup aku nak melihatnya. Mmg aku larikan pandangan secepatnya & hide all the post yang begitu. Hati aku tak sekuat dulu.

Aku rasa walaupun ada org yg menganggap ini 1 kelemahan, aku tak kisah sebab sebenarnya di dalam Islam tak digalakkan kita tgk gambar-gambar ngeri macam tu yer. Makruh hukumnya. Correct me if i'm wrong but memang pernah terbaca samada di buku atau artikel.

Betapa kuatnya kesan anak nie pd kita ibu bapa kan? Dulunya mungkin kita kuat utk menghadapi apa saja situasi tp dek kerana anak, dah jadi lain pulak. Aku pon tak sangka betapa anak nie boleh mengubah pelbagai aspek dalam diri aku. Ada yang +ve, ada juga yang -ve. Bergantung pd situasi yang berlaku.

Inilah yang aku nak share dengan korang semua setelah menjadi seorang Ibu selama 1 tahun 8 bulan nih. Korang pulak macam mana yer? Ada tak perubahan pd diri korang yang berlaku krn anak? Moh share....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat