My 1st Eyeliner

I cannot believe myself. Siryes cannot! Maybe sebab masa tu tengah sakit gigi yang membawa ke sakit kepala. Maka fikiran pon tidak dapat berfikir dgn terlalu waras. Hakhak =P Apelah yang aku merepek meraban nie yerp? Alah...korang tengok jelah gambo bawah tue....

Haaa. Menatang atas tuelah yang aku beli kelmarin masa kt Watson Giant, Nilai dgn harga RM23.90. Tak pernah seumur hidup aku yg dah masok 29 tahun bulan lepas beli benda alah ni taw! Hebat tak aku skrg? Wahahaha. Camne ntah tetibe rasa nak beli. Selalu tengok orang yang pakai celak mata nie cam gojes je jadik mata diorang. Cam hitam menawan gitu kan? Jeles. Huuuu =P

Adik aku Anje selalu gak pakai masa outing. Kak Ya kalo ada event special sket dia pakai lah. Aku? Nan ado. Tak pernah. Tak kompiden lansong nak cuba pakai eventho suruh adik sendiri. Takot muka aku nampak pelik tak senonoh macam clown. Boleh gitu? T_T

So semalam aku saje soh Anje pakaikan ke aku. Budak tu pon lukiskan ah atas mata aku dgn hati-hati. Dia tak pakai yg liquid eyeliner. So dia pon cam kekok sket nak pakaikan. Tp hasilnya not bad pulak aku tgk. Orang pertama yg aku mintak pendapat of kos lah my habi. Pendapat dia paling penting sekali yerp bila dah jd bini orang nih. Hehe. Suke sgt bila dia kata OK. Bermakna lulus. Aku boleh try pakai kalo nk outing memana lepas nie. Maybe masa g attend wedding ke kan? Selok. Hahaha =P

Aku tanya Naurah ' cantek tak Ibu Naurah?'. Dia jawab ' tak. sambil geleng kepala'. Sedih tak? T_T Yang kelakarnya dia kata lagi ' nak cucuk mata'. Hahhaha. Dia mintak aku buat ke dia pulak. Tp mana ko dpt perkataan cucuk tu nak? Rasanya Ibu tak pernah ckp pon perkataan tu kt rumah. Huhu. So aku pon amek jelah kunun-kunun eyeliner tu pastu lukis atas mata dia tanpa bukak penutupnya. Suke dia ko! Sengih panjang. Hamboiii.....kecik-kecik dah pandai nak melawo gak yer? Ibu 29 tahun baru pertama kali beli taw! Hahaha =P

Kat opis rasanya tidak la kot aku memakainya. Sebab leceh la bg aku yg suka super pantas utk cepat bersolat bila masuk surau tuh. Pd aku bazir masa byk sgt nk remove mekap bagai neh. Opismate lain yg rajin mekap tuh, aku dah selesai solat pon deme kkdg tak habis lg remove. Buang masa betol lah bg aku. Huhu. It just my opinion. Please. Please don't get me wrong. You can always do what you are comfortable with. No offense ya! =)

Compact powder pon aku tak suka sgt pakai sbb payah gak nak tanggal bersih kalo basuh ngn air je kan? Tak best pulak rasa bile sapu muka dgn telekung pastu nampak kesan-kesan compact tak basuh bersih kt telekung tu. Was-was jadiknya aku. So maybe kalo tgh peod ke boleh try sekali sekala mekap simple-simple neh. Td dah tgk tutorial kat youtube (hebak tak? hahaha..) camne nk pakai eyeliner liquid dgn cara yg betol. Hopefully kt rumah nanti nk testing pakai menjadik la yerp. 

Jgn hasilnya jadik mcm burung antu sudah! Hehehe...anyway geli la mata bile berus tu kena pinggir mata...cepat je berair mata aku...hukhuk..maklom org tak biasa pakai. Malunya..malunya....hehehe...

Apa-apa pon sempat google dulu hukum wanita memakai celak. Banyak pendapat yang mengatakan hukumnya harus. Maknanya boleh pakai sbb ianya perhiasan bg mata dimana mata bukanlah aurat bg seorang perempuan. Yeayy!!! =)







Popular Posts