To Have A BIG Heart

Hormon perempuan bila pregnant memang lain macam kan? Sama macam bila kite period jugaklah. Kan macam moody ajer. Asyik nak marah tak tentu hala. Mudah sentap dan sebagainya. Tak boleh nak control benda-benda tu semua. It happens naturally & sometimes tanpa kita sedar. Orang-orang kat sekeliling kita lah selalunya yang notice tentang perubahan emosi kita. Aku pon kalo orang tak cakap, macam tak tahu. Tak pon memang taknak ambil tahu. Boleh gitu? Ekekeke...Tapi ada juga orang yang tak pregnant dan tak period, dia mudah sentap jugak. Acane gitu? Hehehe....

Sentap. Boleh jer sebenarnya. Tapi kalo sentap kat benda yang tak ditujukan or takde kena mengena lansung pon dengan diri kita, macam mana yer? Hahaha. Contohnya macam nie lah. Aku pergi masok blog polan pastu aku baca entry dia up. Entry dia tu takda mention nama siapa-siapa pon. Pastu tetibe aku sentap sebab aku rasa macam kena kat batang hidung sendiri. Padahal cerita yang polan tu tulis dalam entry dia pasal orang lain. Acane tu yerp? Salah orang yang up entry ker, salah orang yang membacanya?

Meh sini aku nak cerita. Hari tu aku ada baca blog member lah. Dia up entry tentang ada orang bagi komen kat entry dia cakap dia suka show off. Kebetulan member nie macam dilanda musibah lah. Orang yang komen tu cakap (hanya menamakan dirinya anonymous) mungkin musibah yang berlaku pd diri anda itu sebagai peringatan supaya anda tidak selalu lagi show off dalam entry anda dalam blog. Hamboii!! Kalo berani tulis kerana berasa benar, kenapa guna anonymous? Nak serang hendap pulak yerp! Biasa neh! Kalo jumpe orang macam ni depan-depan, maybe boleh ajak dia gocoh 1 vs 1.  Tengok ada bran ke tidak. Menulis bukan main lagi yerp...

Aku baca blog member tu, aku pon turut rasa sentap. Sebab apa? Genre blog member tu lebih kurang genre blog aku jer sebenanya. Cerita tentang beli itu ini utk deco rumah. Cerita pasal anak dah pandai cakap macam-macam. Cerita pasal suami yang super baik suka menolong kerja rumah. Serius memang mak sentapppp!!!! Adakah aku juga sebenarnya dalam kategori show off? Aku takde niat pon. Tapi kalo ada orang fikir macam tu tentang aku, adakah aku yang bersalah?

Aku sentap sbb blog kawan aku kena hentam. So bila aku sentap, sedangkan anonymous tak tujukannya pd aku, aku pon up la entry general yang tak tuju pada siapa-siapa pun. Maybe tuju pd orang yang selalu berfikir buruk tentang blog orang lain lah kot. Tak boleh nak bersangka baik agaknya. Pelik betol orang macam nie.

Itulah aku cakap. Tak semua orang mempunyai pandangan yang sama bila membaca tulisan kita. Ada orang yang hatinya baik, dia hanya menganggap cerita yang kita kongsikan dalam blog tu hanya sekadar cerita yang ingin dikongsi bersama. Cerita biasa-biasa jer. Sama-sama tumpang gembira dgn penulis blog. Saja nak share beli drawer cantek kat kedai perabot mana. Kedai mana yang murah reganya. Gitu. Ada orang jugak yang maybe hatinya kurang baik anggap perkara yang lain pulak. Kata kita nak show off beli barang-barang rumah tu semua. Saje nak tunjuk lagak. Macam kita kata kat dia ' ko ade?'

Sekali lagi aku nak tanya. Salah orang yang menulis ker salah orang yang hati busuk fikir yang buruk-buruk je pasal orang lain? Abes tu macam mana? Sebab ada orang fikir benda buruk-buruk tentang apa yang aku tulis & cerita dalam blog, adakah aku kena berhenti menulis? Ubah genre blog aku? Macam tue? Well, aku menulis dgn niat yang baik, takde intention yang buruk-buruk pon. So kenapa aku nak ubah apa-apa tentang penulisan aku hanya krn ada segelintir pembaca yang suka bersangka buruk pd orang lain? Aku cuma nak jadi diri aku yang sebenar & menulis dgn jujur apa yang ada dlm hati & fikiran aku. Kalo aku ubah semata-mata sbb nak tunjuk baik pd semua pembaca blog, baik aku tak payah menulis lansung! Hipokrit namanya gitu. Tak jujur, tak telus pd diri & orang lain. What for?

Itu pasal aku pernah tulis hari tue tentang aku menulis dalam blog ini utk kepuasan diri aku. Bukan utk puaskan hati orang lain. Kalau tak suka baca, rasa meluat or bila baca blog aku je asyik nak sentap padahal aku tak tuju pd diri dia lansung pun, takyah lah masuk blog aku ni. Ada paham? Susah sangat ker nak paham? Payoh jugak kalo dah tulis get out from here pon masih tak paham. Ok aku try guna bahasa melayu pulak. Boleh blah! Paham tak yer gaknye? Hihihi. Suruh get out dari membaca blog aku pon ada orang sentap macam aku halau dia dah datang rumah aku pastu aku halau dgn penyapu. Kelakar. Hehe. Ohh...maybe dia rasa blog nie pon macam rumah jugak kot. Rumah maya jer pon nak sentap lebih-lebih. Payoh gini. Takpelah. Hormat pd pemikiran dia. Dah gitu, aku nak buat guane kan? =P

Or maybe ade orang addicted kot nak baca blog aku nie sebab suka nak rasa sentap. Ada ker yang gitu? Hehehe. Kalo memang ada yang gitu....aku tak reti nak cakap ape dah lah. Suit yourself lah yerp...hihi..layann....

Aku tak halang orang nak baca blog aku. Kecuali officemate sbb rasa tak boleh nak berkarya dgn lebih telus. Kalo tak gitu, baik aku buat private aje blog nie. Cumanya kalo kita tak suka pd sesuatu benda, bukankah lebih baik kita mengelakkan diri daripadanya. Takyah nak pupuk rasa sakit hati sebab tak puas hati pd sesiapa pun. Tak baek utk hati kita. Hati sakit, minda pon sakit. Parah weyh! Apatah lagi kalo kite tengah pregnant. Takot terkesan kat anak pulak. Bila preggy, kita kan digalakkan utk relax, jangan stress-stress, banyakkan baca Quran supaya tenang. Betul dak ape aku tulis nie?

So begitulah dia ceritanya tentang aku skrg. Mengelakkan diri masuk ke mana-mana blog atau mana-mana group di FB sebab taknak pupuk rasa negatif dalam hati & minda sendiri. Bukan sebab aku pregnant yer! Hahaha. Kang ada orang salah paham pulak. Kalo masok pon baca langkah-langkah. Hahaha. Tapi bila ada org bagitau apa-apa yang rasanya berkaitan dgn entry aku di blog or fb, rasa macam nak sentap jugaklah. Tapi fikir-fikir balik...let it be ajelah. Selain blog & fb, aku malas nak join laman sosial yang lain. Kalo bg link pon aku tak klik sebab malas nak sentap lebih-lebih. Entah-entah tak tuju pd aku pon kan? Jangan aku pon sama jd macam orang yang suka sentap tak tentu hala. Buat hati sakit aje. Not good. Not good for my heart. Ecewahhh =B

Lagipun blog nie ada, bleh je tulis sini tentang apa yang aku fikir tentang perkara tue. Aku harap kalo aku nak sentap pon, biar sentapan itu memang patot sebab mmg memaksudkan orang yang diceritakan itu adalah aku. Bukan sentap tak kena mengena dgn diri aku pastu tetibe up entry yang buat org lain baca rasa nak gelak aje...hehehe =P Kalo kat fb, aku sentap dgn sst pkr, aku elakkan aje dgn tak join bersembang sama. Tapi kalo kat blog, aku ada hak mutlak ke atas blog yang aku create nie. Ape kena mengena ngn orang lain pulak? Ada orang tak kisah pun nak cerita dlm blog dia hal 18sx. Gasak dia lah kan. Blog dia. Kalo aku tak suka, aku tak masok dah. Tutup cerita. As for me, selagi aku tak cerita benda-benda yang dilarang agama, aku akan terus menulis. I know my limit. Insyallah.

Aku rasa orang yang mudah sentap nie ada 3 jenis situasi. Sama macam mula-mula aku tulis dlm entry nie tadilah. Samada sbb dia period if tak pregnant or sedang pregnant or memang ratu sentap. Hahaha. Hormon tak stable. For myself, aku akui mmg emosi lebih bila period & pregnant. Kalo tak dalam 2 situasi tu, rasanya aku cool ajer kot. Rasanya lahh. Taktolah kot-kot orang lain kata lain. Hehe. Gasak! So aku sedang mencuba sedaya upaya utk memahami orang-orang yang berada dlm 3 situasi nie. Tak mudah ok. Tapi at least aku cuba. Cuba utk mendidik hati supaya lebih besar bak kata orang putih tu. To have a BIG heart =)

Perjanjian damai dah terlerai disebabkan sentap salah tempat. Cerita yang dah tutup kununnya dibuka semula. Salah siapa? Tetibe teringat lagu sape nyanyi ntah tu. Salah siapa...lalalalala~ Kalo sentap kena tempat, aku takdelah terkilan sangat. Boleh jer aku bg sebab musabab aku. Takde masalah. Tapi bila dah sentap salah tempat pastu dah mengungkit kisah yang kununnya dah tutup rapat, terpaksa la jugak up entry nie. Saje nak bg clear things out. Kalo masih nak ajak gocoh, g lah gocoh sorang-sorang lepas ni. Mak tak kuasa dah nak melayan noks! =P

Anyway from my side, I hope this is my last entry regarding this matters. Ada banyak lagi entry tentang deco rumah, pasal Naurah & pasal suami yang baik aku nak share dlm blog. Hihi =P

Alahaiii...dunia blog & fb ajer pon. Apa yang aku kesah sangat nie hahh? Over taw!! Sekarang aku pon dah tak cool. Bencikkkk!!! Seb baek entry yang last. Hahahha =P

Cheers ~





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat