When I Am A Mother


Semalam kan, sampai je rumah pas balik keje, adik aku Anje cecepat tunjuk aku video kat henpon dia. Video Naurah katanya. Sokay la. Aku pon nengok ape benda sgt yang adik aku kata kelakar si budak kenit tu buat kat nursery kan? So aku pon tgklah videonya. Rupanya video Naurah tgh duduk katak kat lantai nursery tersengguk-sengguk menahan mengantuk. 

Kiranya budak tu dah mengantuk sangat sampai tido duduk tersengguk-sengguk. Mula-mula aku tengok video tu, rasa macam kelakar la jugak. Tapi a few seconds later aku rasa nak marah kt adik aku. Sanggup jer dia tgk Naurah dok dlm keadaan macam tu? Kesian siot anak aku T_T Rase cam nak pelok Naurah kuat-kuat pastu baringkan dia dlm lap aku biar dia tido puas-puas.

Tapi adik aku boleh tergelak-gelak lagi tgk video Naurah tu. Aku sekeh kepala budak ni kang baru tau! Aku pon tanya adik aku kenapa tak angkat Naurah & bagi dia tido kat tilam? Adik aku kata masa tu baru pukul 12.30 tghari. Belom masa untuk tido. Kalo dia tido skrg, nanti dia bangun cepat pulak. Leceh katanya. Dia kata Naurah jd ngantok cepat sbb dia tido kejap sangat masa morning nap. Kalo tak mmg pukul 1 gitulah dia baru nak mengantok.

Well, aku nak cakap banyak pon tak guna. Aku pon tahu most nurseries mmg buat jadual & quite strict jugaklah dalam perlaksanaannya. Cuma hati kita sebagai ibu bapa nie memang mudah terhiris lah bila tengok keadaan anak kita kat sana kadang-kadang tu. Kadang-kadang nampak deme main sorang-sorang takde sape attend. Tak pun makan sorang-sorang. Sangat berdikari. Hati mak bapak mana yang tak tersentuh kan?


Adik aku boleh gelak-gelak tengok video Naurah macam tu sebab dia belum ada anak. Tak pernah jd seorang ibu lagi. Hanya golongan ibu-ibu saja yang memahami hati ibu-ibu yang lain. Senang kata gitu ajelah. Lepas tengok video Naurah tu, aku pelok si kecik tu kuat-kuat. Dia pon lately semakin manja dgn aku & habi. Selalu sgt bila tgh dukung dia, dia pelok aku kuat-kuat macam anak koala peluk ibunya masa ibu tgh panjat pokok spt takut terjatuh ke bawah. Pastu kiss pipi aku kuat-kuat & said ' sayangnye ibuuuuu.....'. Pastu cubit pipi aku dgn 2 belah tgn dia kiri kanan & said ' gewamnyerrrrr....'. 

So sweet kan? Usually aku pon balas dgn peluk & kiss dia kt pipi ckp ' sayang Naurah jugak...' 

=) ohh i love being a mother....






Popular Posts