Aidiladha Kami

Sangat lain perasaan bila berada berdekatan dgn lembu yang ada nama  kita disebut sebelum dikorbankan. Mendengar takbir dilaungkan & sama-sama mengaminkan doa semoga Allah menerima korban yang dilaksanakan atas nama aku & siblings yang lain; sangat mengharukan & syahdu. Perasaan baru yang aku rasai tadi.

Dalam hati aku berdoa kepada Allah semoga menerima ibadah korban kami semua. Moga Dia redha dgn lembu yang dipilih sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menunaikan perintah Allah kepadanya utk mengorbankan Nabi Ismail suatu ketika dahulu. Sebagai tanda bersyukur diatas nikmat Allah apb Dia menggantikan leher Nabi Ismail yang ingin disembelih dengan seekor kambing/kibas.

Sungguh Aidiladha kami sekeluarga pada tahun 2011 ini sangat-sangat bermakna. Sebelum semua ke tempat korban akan disembelih, kami sekeluarga semua sekali membaca Yaasin & Doa Selamat. Kemudian diakhiri sessi fotografi & berangkat ke tempat sembelihan. SaAngat istimewa hari raya korban kami pd tahun ini. Selalunya hari raya haji kami dipenuhi dgn majlis makan-makan shj.

Alhamdulillah yang telah memberikan kami sekeluarga rezeki yang mencukupi & melebihi. Moga Allah menerima ibadah korban keluarga kami & redha akan kami. Amin ya rabbal alamin.




Popular Posts