Al-Islam ::: Majalah Islam Kontemporari


Siryes best majalah Al Islam - Majalah Islam Kontemporari nih. Semalam pegi Pasaraya Zemart beli barang dapur. Lalu depan kedai magazine & nampak la majalah ni. Tengok tajuk-tajuk kat depan dia macam menarik jer nih. So sebab aku nie kan ulat buku. Apetah lagi bila nampak buku/majalah yang bercorak Islamik masa kini neh. Rasa memang tertarik sangatlah hati. Tengok harga RM5. Sokay la sbb kat dalam semua helaian berwarna. Apelah sangat nak dibandingkan dgn ilmu dunia & akhirat yang aku boleh tambah kan? So grab 1 & habi bermurah hati membayarkan guna duit dia.

1 perkara yang aku sangat respect sama habi. Eventho dia totally bukan ulat buku. Baca paper pon malas. Haha. Tapi dia sangat supportive kalo aku nak beli buku-buku or majalah yang bermanfaat. Tak lokek pon kalo aku mintak dia sponsor serba sikit. Kalo dia ada RM, dia bayarkan aje semuanya. Kalo takde, maybe dia support sikit. Gitulah selalunya.

Tp aku sometimes tak sampai hati gak nak mintak dia RM sbb yang nak membacanya aku. Bukan dia. So kalo ade duit, aku beli. Takde duit, simpan dulu dalam wish list. Hehe.

So antara tajuk utama kat muka depan majalah ialah:-

1. Kenapa Syaitan Memilih Senja
2. Steve Jobs berketurunan Islam?
3. Nabi Tidak Melarang  - Makan Hati Ayam
4. Islam Diceroboh - Hanya Dengan Jamuan Makanan

Memang sangat menarik kan? Sebab malam tadi tak sempat nak baca banyak (tengok Grand Finale Masterchef US - Jennifer menang), so hari nie aku bawak datang opis. Dah tak sabo sangat dah nak baca nih. Kalo kat rumah, malam la jwbnya baru berkesempatan. Itu pong sekejap je dah mengantuk nak tido pulak. So better bawak opis bace.

Dalam majalah nie banyak lagi info-info menarik tentang Islam taw! Contohnya tentang Lafaz Nikah 1 Nafas Khurafat? Gara-gara Ungkapan Malaikat  44!

Dah tak sabo sgt dah nak baca nie. Later yer guys =)

p/s: ekceli aku nie suke jugak makan hati ayam..bile baca majalah nie ttg mkn hati ayam/lembu etc nie tak bagus cuma mitos orang Melayu, rasa lega sangat-sangat ^_^

p/s 2:  goodbye to majalah Pa&Ma & Mingguan Wanita...kehkehhh (bajet beli majalah sdh dikurangkan =P)




Popular Posts