Its A Boy

Malam lepas dinner semasa on the way ke Semenyih nak pick up Naurah, habi tanya aku. Kak Salina tu mengandung ker? Kak Salina nie officemate aku. Station kat account section. Badan dia memang gebu gebos lebih kurang aku jer. Tp dia anak dah 4 orang. Ada yang dah masok tingkatan pon sekolahnya. Sokay la badan gitu nak banding dgn aku yang anak baru sorang nie kan? T_T

Aku pon cecepat sangkal la pertanyaan habi tu. Aku cakap mana ada. Dia selera lebih kot. Kat opis pon asek menom nescafe 2-3 kali sehari. Makan pon tak miss breakfast & lunch. Tak heran la sgt kan kalo badan cepat naik.

So semalam masa Kak Salina nak balik, dia pass meja aku dulu. So aku pon tegur dia pasal habi aku cakap tentang dia macam pregnant tuh. Sambil aku perati perut Kak Salina yang nampak membukit. Ehh...takkan la boncet sampai gitu sekali? Entah-entah......hurmm....

Kak Salina pon gelak-gelak la & dia kata sbnrnya ada kemungkinan gak dia pregnant. Sbb period dia memang tak datang. Kalo ada pon cam sikit-sikit. Dia kata masa anak 2nd dia dulu, baby dah 4 bulan+ baru tahu dia pregnant. Sebabnya dia takde alahan bagai. Period mmg dh biasa tak teratur. Nafsu makan mmg sokmo kuat. Tau-tau perot cam membukit. Bila buat upt test, semuanya -ve. Bila scan kat klinik baru tahu mmg ada baby. Siap teros nampak gender baby boy. Huhuhu.

So aku pon cakap kat dia suruh check la kat klinik. Scan. At least kita tahu kandungan tu normal ke tidak. Takot masalah lain pulak nanti. Plus kita pon lebih berhati-hati bab penjagaan diri & kandungan tuh. Jangan buat kerja berat & jaga pemakanan. So dia kata, ok lah. Nanti akak buat.



Tup tup sekejap nie td Kak Ruby panggil aku masok ke marketing section. Dia kata Kak Salina cerita dgn dia pagi td yang dia dah pregnant 4 bln & gender baby boy. Semalam ptg maybe after aku sembang dgn dia tu, dia teros g klinik buat gaknye. Hehehe =) Aku masih tak sempat nak sembang dgn dia lagi nie. Nantilah kejap-kejap lagi. Dia pon busy sbb skrg dah start auditing.

Congratulations Kak Salina on your 5th pregnancy!!! =) Moga Allah pelihara kandungan itu & limpahkan segala rahmat ke atasnya...Insyallah

p/s: cepat bagitau big bos. kang dia meroyan lagi ckp ade org sorok-sorok pregnancy macam kes kawan aku Siti dulu..tak pasal-pasal bonus dapat kurang sikit dr orang lain..poyo punya bos..huhh!

p/s2: sempat kak salina ckp semalam nak bg laluan ke aku dulu sblm dia pregnant..nampaknya tak kesampaian la niat dia tu...ekekke =P




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat