Royal Dinner Yang Berbaloi-Baloi

Hehehe. Mesti ada di antara korang yang dah tahu ape aku nk bebelkan pagi nie kan? Lebih-lebih lagi mek kontan sorang tu. Wakaka ^_^

So alkisahnya malam td aku & habi attend la dinner Royal Belum-Temengor yang aku ceritakan hari tue. Sampai-sampai je kat tempat parking, habi dah cuak bile tengok yang lelakinya semua pakai coat+tie while dia cuma pakai kemeja hitam. Aku pon cecepat sms 2 opismate lain tnya habi diorang pakai coat ker? Seb baek deme kate tidak. Habi pon lega. Hehe.

So naik ke lobby area & mula-mula nk tggu opismates tuh. Tp deme lambat sangat pulak. Penat tunggu. So masok dulu & dpt no.meja 22. Sampai-sampai ada 2 orang la yang dikenali dah ddk situ. Nizam & Encik Aziz. 4 orang lagi tu ada orang MDEC & Kementerian Sumber Manusia (our tenant). Ok la sbb habi boleh sembang sama Nizam. Sebok la dok godeh iPhone bagai. Hehe.

So opismate aku bersama habi masing-masing ddk meja lain sbb ada 2 seats kosong je lg meja aku tuh. Sokay la. Asal ada habi, nothing else matter for me =P So ade beg souvenir kat each seats. Aku pon baca tentatif program and sangat surprised bile nampak after pelancaran jam rege RM60,000 (bapok mahal =.=) ada tulis 1 nama yang sangat ku kenali for performance. Siapa? ANUAR ZAIN ^_^ 

Ini memang sangat surprised ok! Sebab kat kad jemputan tu takde tulis pon performance from siapa-siapa. Ingatkan penari kebudayaan bagai la kan? Rupanya selain dari Anuar Zain, ada Ezlynn, Farah Ashikin, Amanda Imani yang sexy & lawa huhu & Sabhi Saddi. Semua performance adalah superb. Great songs choices & what a wonderful vocal they have. Sangat terhibur la kami semua.

Anuar Zain nyanyi 3 lagu. Lagi yang mencintaimu tu, pastu lagu tak familiar tp sedap jugak & lagu tema merong mahawangsa last sekali. Masa Anuar ckp dia akn nyanyi lagu terakhir, semua ppn-ppn mengeluh 'aaaaaa...'. Bwahahaha...ingat konsert Anuar Zain ape malam tadi? Hehehe. Sultan Azlan Shah seme orang dah tak ingat ada kat depan tu. Ker Sultan pon peminat Anuar Zain? Ekekek

Malangnya aku tak bawak camera pon pegi malam td. Ade henpon cabok c3 tu ajelah. So tak selera nak snap bagai. Gelap. Tak nampak ape jadinya. Ade 1-2 jer try test snap. Tgk x lawo teros malas. Ade la jugak amek recording sket masa Anuar tgh nyanyi which is the quality is very poor yerp. What to expect kan? Huhu. Takpelah..asalkan ada kenangan dpt tgk live performance from Anuar Zain. Ingat senang nak dapat tgk performance mamat tu FREE? Hanya orang-orang yang bertuah aje yerp dapat peluang tu. Hehehe.

So hari nie mmg syok ah aku & opismates yang pergi dok gebang pasal ada Anuar Zain kat semua. Yang ada tiket tapi tak pergi lagilah menyesal. Bwahaha...

Tapi ada benda tak best la pegi dinner tu. Rosak diet aku wehhhh!!! Memula masa deme served roti bulat & butter Anchor aku bley tahan lagi. Ok. Bagi habi since dia pon lapo time tue. Pastu appetizer molek dah datang salad with croutons & mayonaise. So aku tolak tepi croutons, makan salad & mayo jerp. Then datang la pulak mushroom soup marbeles. Tak bley tahan. Aku ngap sampai licin. Pastu main course datang aku lega sbb tgk roasted breast chicken, pasta, broccoli, baby carrots & baby tomatoes. With the gravy lah kan. So pasta jer aku tolak tepi. Yang lain membaham. Gravy sgt sedap, so xleh nk tolak gak. Lagipon dah curah kat atas ayam semua. Heheh.



Air guava aku berjaya tak menom. Tegok mineral sampai habis 3 botol kecik tuh. Hehe. Tapi akhirnya kalah dgn dessert chocolate with strawberry pudding & berries. Rosak habis diet. Punah tercalar hancus. Takpelah, benda dah lepas. So hari nie aku breakfast dgn salad, tomato, mayo, chicken sausage & 1 egg. Sedap. For lunch ada lg 2 sausages, 2 eggs, carrots & broccoli. Ok lah tue. Dinner pulak aku nak melantak durian lg sebijik. Hancur balik diet. Hahahaha...gilo kan aku? =P

p/s: habi kata aku dah kurus. ceh! baru masok hari ke 5 diet dah kata gitu. so aku pon test la tanya, abes org dah x payah diet dah la ni? dia kata...ikot ibu la camne. hek elehhh...badan gajoh gini lagi pon dia dah puas hati? seb baek aku masih nekad lagi....=D



Popular Posts