Setahun Sembilan Bulan


Just look at the ticker guys ^_^ My daughter is getting older day by day....

How about this ticker too? Genap 3 bulan jer lagi nak cecah 2 years....


Sebenarnya aku tak decide pon lagi samada nak buat birthday celebration utk budak tu bila dia masuk 2 tahun nanti. Masa 1 tahun dulu kan sambut ala kadar aje kat rumah in law. Yang grand cuma kek Noddy dia tue jelah. Hehe. Masa tu memang takde keyakinan lansung nak buat makan-makan kat rumah sendiri. Takde pengalaman. Macam-macam yang ditakutkan.

Tapi after kejayaan buat open house Syawal yang lepas, keyakinan tu ada la sikit. Tak susah mana. Masih manageable. Belanja pon takdelah banyak mana kena keluar. Masih dalam range kemampuan. Alhamdulillah. So camne yerp? Nak buat ke tidak? Kebetulan next year 18/02/2012 jatuh pada hari Sabtu. Molek sangat dah tuh kan? ^_^ Ok. Now dah start teruja. Hehe.

Sabtu buat birthday party. Ahad pulak bawak dia g main-main kat Mega Kids, MV. Best. Best.

Tak pon Ahad g check in hotel kat mana-mana. Tido semalaman. Isnin amek cuti. G PD ke jalan-jalan main kat pantai pulak. Bestnya dapat berangan....hehehe =P Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kami. Amin.

Tentang perkembangan Naurah pulak....senang kata dia dah big girl ajelah. Dah boleh dibuat bersembang. Cakap pon dah macam-macam. Mak Abah aku asek tergelak aje kalo Naurah cakap mcm orang besar. Tak padan badan kecik katanya. Hahaha. Anak aku =P

Makin power 'mengemas' rumah. Ini memang buat aku hot selalu. Sehari tak buat onar memang tak sah. Aku pulak kalo letih jer, mmg nak meroyan jelah kejenya. Sabar semua hilang ntah kemana. Last-last aku biar jer dia buat sesuka hati dia. Dah tak kuasa mak noks! Tp kesian ke habi pulak sbb dia kan jenis x betah tgk rumah sepah. Dah dia yg kemas semuanya sbb aku masih melayan sakit hati berdiam diri sambil tengok tv. Haihh...entah lah. Hrp cepatlah insaf anak dara aku tuh =P

Lain-lain....biasa ajelah. Suke giler main ngn kucen. Dah boleh ikot hujung-hujung bacaan doa yg aku nyanyikan. Nursery rhymes pon byk yg dia dah boleh nyanyi. Dlm pelat dia tuelah kan. Makan selera. Dah start nak berisi balik. Sihat walafiat. Senang hati dibuatnya. Antibodi dah makin kuat. Alhamdulillah.

Ok. Itu ajelah update ttg Naurah yang dah 1 tahun 9 bulan umurnya. Ibu & Ayah love u alwaysss...mmuahhhs

Happy 1 year 9 months Naurah Zayanie!!! =D Peace 3 jari





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat