Solusi::: Panduan Hidup Bersyariat

OK. Hari nie takmo citer dah pasal diet. Ehh..nak citer jugak sikit. Haha. Serasa aku sejak aku bersalin ke Naurah, inilah pertama kalinya aku diet dgn agak siryes. Sebab aku nie tak bape nak tetap iman dlm berdiet, aku malas la nk war-war kat opismate seme yang aku tengah berdiet. Diet kaw-kaw pulak tu. Memang kalo boleh nak elak habis la makan nasi, mee, roti, kuih-kuih & yg seangkatan dengannya tuh.

Tapi bila kita tak declare pd deme, tetibe macam murah pulak rezeki orang bg makanan macam-macam. Deme kan tawu aku memang suka makan. Sometimes deme belikan nasi lemak, sandwich, chocolate & sebagainya lah bagi ke aku. Serba salah beb dibuatnya. What I do, aku ambil aje semua pemberian deme tu. Pastu aku simpan bawah meja. Maybe bwk balik ajelah if tak jumpa habi kat mana-mana. Or kalo jumpe drivers ker, try offer kt deme pulak. 

Godaan tu memang kuat yerp utk aku. Cuma kuat tak kuat ajelah nak melawannya. Selagi boleh tahan, aku tak makan. Bergantung pd keadaan. Pull stop about my diet.

Hari tu masa shop groceries kat Zemart, singgah kedai buku & majalah kat tepi tuh. Aku ni kan pantang tengok buku. Hehe. Belek punya belek, nampak 1 majalah nie. Namanya Solusi. Nie pon 1 majalah bercorak islamik jugak macam Al Islam yang aku beli hari tue. Cuma kertas dia standard majalah Pa&Ma. Harga RM10. 2 X ganda dr harga majalah Al Islam. Belek-belek, macam menarik jugak. So, beli jugaklah jawabnya. Malam td cuba utk baca sambil tengok-tengok Msia Vs Syria. Si Naurah pon sebok aje nak baca sama-sama. Kaco konsentrasi aku aje taw! Hihi.


Tp sebab aku kan dah insaf dalam melayan karenah Naurah nih. So aku put aside dulu majalah, main-main dgn budak tu dulu. Bila dia tido, aku pon tak lama bantai tido jugak. Majalah pon tersadai gitu saje. Tak tengok pon bola sampai habis sbb tengok macam nak kalah aje. Masa tu dah kena 1-0 pon. Huhu.

For me, not bad gak majalah Solusi nih. Am thinking nak langgan utk 1 year punya issue. Senang sbb deme akan pos teros ke rumah. Takkan ada issue yang tertinggal dah. Al Islam magz aku tak pasti lak bleh langgan ke tidak. Right now majalah tu MIL aku pinjam sbb dia nak tengok pakej umrah utk next year. Nak try call a few agencies. PIL & adik-adik ipar aku yang lelaki semuanya 3 org tu akan menunaikan umrah next year. Siryes aku jeles giler T_T Thats y pasang lagu Waiting For Your Call from Irfan Makki kat iPod tuh. Bila agaknya Allah nak jemput aku datang ke rumah-Nya yerp?

Sebenarnya bergantung pd aku jerp skrg neh. Sebab duit habi memang dah ada. Aku aje yang takde. Dia kata kalo duit aku dah cukup, boleh la pergi sama-sama. Hrpnya murah la rezeki aku nk kumpul duit g sana tuh. Insyallah. Nak bawak Naurah, rasanya tak mampu lagi kot. Memanglah orang selalu kata buat ape siot bwk anak kecik g sana? Diorang bukan tawu ape-ape pong..

Aku pulak fikir lain. Memanglah diorang tak tawu ape-ape lagi. Tp berkat berkunjung ke rumah Allah tu, siapa yang tahu kan? Kot-kot sahsiah & peribadi Naurah dah besar sok boleh jadi lebih indah. Tak ker best tuh? Semua tu rahsia Allah. Kite ape tawu? So pd aku, takde salahnya if mampu utk bwk anak kecil sama-sama ke sana. Ibadah umrah tak seberat ibadah haji. Insyallah takde masalah pon kalo nak bawak anak kecil bersama. Bersangka baik sajelah. Mohon Allah pemudah. Insyallah =)





Popular Posts