Suami Keje Lebih Masa

Huu..dah nak balik Sepang dah nie. Sempat lagi update blog sebelom bertolak around 12 tgahari nanti. Kena tolak awal sebab habi ada keje malam nie. Carik duit lebih buat belanja cuti-cuti malaysia yang akan datang nanti. Melaka & Pahang. Hehehe. So isteri kena la redho takleh komen banyak. Kecuali kalo rasa sudi nak 'payung' semua kos semasa bercuti nanti. Ada bran? Hahaha...

Harap byk la duit upah habi tolong sana sini tuh. Dah 4-5 malam asek keje aje. Aku nak tido dulu pon rase tak best. So membaring jelah depan tv dgn Naurah yg tergolek dok kat sebelah. Tiap kali dengar bunyi pintu kereta dihempas, jenguk kat tingkap habi ker yang dah balik tu? Tgk kete putih xde, baring balik tgk tv dgn rasa kecewa. Sedih T_T

Kalo betol habi yang balik, cecepat bukak pintu & kasi pelok kuat-kuat sama dia. Eventho dia ingatkan badannya berbau masham, dah tak pedulik dah la. Bg aku peluh suami yang bekerja keras utk anak & isteri tetap wangi. Esewahh =P Tanya dia nak makan ke nak menom ker. Terasa macam isteri solehah. Wahaha...

Habi pernah cerita yang wife sparring partner dia selalu aje call husband dia kalo the husband tgh buat keje utk side income. Asek call sampai keje suami jd terganggu. Pastu ckp anak sakit la & macam2 taktik lain dgn harapan suami dia balik rumah cepat. Usually si suami kata takde ape pon sbnrnya yg urgent. Cuma isteri dia memang jenis gitu. Tak dapat call suami dia, habi aku pulak yg dia call tanya mana suami dia. Jgn bg suami dia keje berat-berat. Gitu dia pesan kat laki aku. Wuhuhu...

Nampak disitu habi hint aku spy lebih berfikiran terbuka dalam hal nie. Jgn jd macam tu. Suami nak carik nafkah utk anak-anak pon rasa tak tenang. Well, aku paham je kalo habi ade keje. Cuma sekali tu aku call sebab riso. Habi kata dlm kol 9-10 malam dah bleh sampai rumah. Tp dah pkl 11 tak sampai rumah lg. So call dia tnya kt mane. Manelah tau ade benda2 buruk berlaku kan? Nauzubillah. Seb baek habi kata dia tgh menom kt kedai mamak. Sokay la gtu. Tak riso dah. Hehe.

Oklah. Ade budak kecik ketuk2 pintu bilik nak masok carik ibu dia. Pastu nanes2 soh dokom pulak. Jumpe lagi esok. Insyallah.

Doakan perjalanan ke Sepang berjalan lancar & selamat sampai yerp...





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat