Tentang Suami ke Holiday

Cantet tarikh hari nie kann? 1.11.11 =) tetibe....hahahaha....

Hari nie nak cerita pasal habi. Korang semua yang dah lama ikot blog aku nie mesti dah tau yang aku keje 1 company dgn habi kan? Macam jer 1 company. Hakikatnya aku kat parent company while habi subsidiary company. Akaun perolehan asing-asing maa. Mana sama gitu kan? Hehe. Sebenarnya kira 1 company jugaklah..kuikui =B

Orang selalu kata ada pro & con nya bila suami isteri kerja 1 company nih. Tapi secara jujurnya selama lebih kurang 2 tahun 1/2 berkahwin & berkerja bersama di 1 company nih, aku rasa macam takde cons lansong. Boleh gitu? =D Sebenarnya bergantung pd macam mana suami isteri tu nak keadaan or suasana bila kat ofis tu berjalan. Aku & habi buat macam nie. Bila kat ofis, buat la macam kat opis. Profesional maa. We are co-worker. Hahaha. Kunun =P

So waktu makan kami memang sangat jarang lah dpt makan bersama. Kitorang stick macam keadaan sebelum kawen jugak. Habi bebas keluar makan dgn rakan kerja yang lain & begitu jugak aku. Tak masalah lansong. Sometimes aku ada jugak keluar dgn contractor yang nak belanja makan. Kdg-kdg mintak izin dulu dgn habi. Kdg-kdg dalam kereta on the way balik rumah baru cerita dgn dia. Kdg-kdg tgh makan dgn contractor tetibe nampak habi dgn opismate dia tgh makan jugak kat situ. Hahaha. Lawak giler.

Opismate aku saje jelah takotkan aku. Abes ah ko kantoi dgn laki ko. Hahaha. Kantoi ape bendanya siot? Aku bukan buat salah apa-apa pong. Habi pon relax aje buat macam tak kenal. Kuang kuang. Takpon aku lambai tangan kat dia, dia lambai kat aku balik. Sempoi! Hahaha. I like =P

Percaya tak kalo aku cakap sampai skrg kalo habi datang opis aku nak betulkan apa-apa berkaitan IT, PC etc, aku masih rasa excited macam masa belum berkahwin dulu. Auwww! So sweet. Hihi. Nampak dia masok aje hati mesti berbunga-bunga cinta. Dalam hati kata ' hemsemnya laki aku neh'. Miahaha. Sila jangan muntah ijo =P Padahal kat rumah dah berkepit. Kat opis pon boleh jumpa bila-bila masa kitorang nak. Tapi masih perasaan tu ada macam malu-malu kucing. Ceh! Hahaha. Over =P

Aku rasa bersyukur sangat sebab dapat suami yang sangat memanjakan aku. Aku nie manja tau kalo dgn suami. Hehehe. Nampak je cam brutal gini. Brutal ker? Haha. Maybe sebab habi pon suka gaknya orang yang suka bermanja macam aku. So memang kena sangatlah tu. Sampai Naurah asek la nak marah kalo nampak aku berbaring atas lengan habi tengok tv. Baring atas perot habi pon tak boleh. Nampak kitorang berpeluk pon dia marah. Pelik betol aku. Kehkeh.

Naurah kekadang tue sampai pukul habi or aku bila nampak kitorang manja-manja gitu. Ape kenalah dgn ko nie nak? Aku bajet dia jeles kot. Sebab lepas dia pisahkan kitorang jer, cecepat pelok aku kuat-kuat cam anak koala pastu gelak-gelak. Dengan ayah sendiri pon jeles. Nak aku sayang dia sorang aje kot. Huhu. Adakah korang yang ada anak mengalami keadaan yang aku alami skrg ni? Nak jugak tahu...=P

One more thing, pd aku percutian tersangatlah penting dalam mengeratkan lagi hubungan atr suami isteri juga antara parents & anak. Sebab pd aku, bila kita pergi bercuti neh, segala tumpuan adalah hanya pd keluarga aje. Sometimes memang kena lari sekejap dr rutin hidup yang biasa sehari-hari neh. Sangat membosankan kalo 3-4 bulan asyik rutin yang sama. Bila rasa bosan, mulalah rasa nak marah-marah. Tak bagus ok!

So kita perlukan udara yang lain, suasana yang lain utk refresh balik diri kita. Enjoy pulak diri kita dgn perkara-perkara yang menggembirakan hati masing-masing. Dapat bercuti 1 malam di hotel pon dah cukop baek dah. Pastu bwk anak jalan-jalan pergi zoo ker, water park ker, play land ker. Memang rasa berbaloi sangat buat macam nie taw!

Mengimbas kembali kenangan indah masa bercinta dgn suami. Hoho. Sangat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Kalo tak buat macam nie, aku rasa macam hambar je kkdg tu. Bila dah rasa hambar, cecepat la lightens up the feelings. Go to holiday!!!!! =P

Next holiday will be A'Famosa Resort. Later....jeng jeng jeng..Holiday Villa Cherating...wuuuuu!!!! =D Mau jumpa sama tuutt...namanya dirahsiakan di sini & Yana-Husna. Tungguuu......hihihi...



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat