Tribute To Fashya Musa

Dalam pada kepala berat masih gigih lagi nak buat 3rd entry for the day. Balas dendam yang semalam punye hape? Kehkehkeh....

Dah bertambah kawan-kawan blog yang anaknya seangkatan dgn Naurah kembali mem'pregnant'kan diri. Ayat ape la nie. Haha. Millions congrats to Fashya Musa for her 2nd pregnancy. Ibu yang sangat tabah & gigih membesarkan anaknya seorang diri kerana duduk berjauhan dengan suami. You will always have my respect Fashya =) Allah tahu siapakah hamba-Nya yang layak diduga dengan ujian yang hebat seperti itu. Mungkin dari segi itu aku tak termasuk dalam senarai-Nya. Dia tahu kemampuan aku. I'm not that strong okeh. Makanya Allah masih izinkan aku & habi sama-sama melayari bahtera perkahwinan kami. Alhamdulillah.

Its not easy as its might looks. Hanya orang yang betul-betul sabar boleh melaluinya dengan baik. Of course ada 1 tahap anda seperti mengalah. Tapi bila tengok muka si kecil tu, Insyallah semangat akan datang balik dengan segera. Aku berdoa moga Fashya akan terus tabah menghadapi ujian Allah utk dirinya & dalam masa yang sama semoga dapatlah ikatan perkahwinan PJJ itu ditamatkan dgn kadar yang segera. At least sebelum anak ke-2 nanti lahir. Moga Allah permudah. Amin ya rabbal alamin.

Sowi yer Fashya sebab kantoi pulak post kat wall on ur pregnancy tuh. Hehehe. Sebab rasa excited sangat la tue. Tak fikir banyak teros post kat situ. Masok blog tengok Fashya takde announce lagi rupanya. Dapat tahu pon bila tgk post dlm UB pasal morning sickness tu semua. Rasa kagum sebab dalam Fashya masih PJJ dgn suami, dah bersedia utk anak yang kedua. 

Tetibe rasa macam poyo nya diriku ini krn masih belum rasa ready sepenuhnya. Sedangkan situasi aku way much better than Fashya. Malunya. Malunya. Huhuhu. Tu pasal aku mengaku aku bukan seorang yang sabar & tabah spt Fashya awal-awal lagi. Cumanya selepas 2-3hari MC seminggu dua yang lepas nih, dah terasa agak mudah menjaga Naurah berseorangan di rumah. Dah dpt rasa yang she's getting older & wiser. Dah boleh berdikari lebih byk pkr berbanding sebelumnya. Pandai bawak diri main sorang-sorang dgn kucen Oyen kat kitchen. Bebel-bebel marah Oyen bila masok dalam rumah. Dah boleh diharap menghalau Oyen keluar rumah. Naurah bagi hint kat aku soh tambah adik ler tu kan? Hahaha..

So Insyallah. Mengikut perancangan kami suami isteri, pertengahan tahun depan akan cuba utk conceive lagi & hopefully dapatlah baby early 2013. Aku pernah cerita yang aku suke anak awal tahun kan? Well, aku hanya merancang...Allah akan bg ketentuannya.

Asal masa tu aku dah 100% ready mental & fizikal utk mengulang kembali saat-saat mendodoi anak 3-4pagi & segalanya lah dlm proses pregnancy tu nanti. Insyallah akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik utk baby sama spt ketika Naurah dulu. I believe in equality in every child I will have nanti. Insyallah. I will try my best.

Dan Insyallah semoga takkan pernah ada 1 perasaan -ve pon akan aku fikirkan bila conceive buat kali keduanya nanti. Semuanya sudah dirancang dengan baik. Moga Allah permudah sajalah perjalanannya....

Take care Fashya =) Aku juga mendoakan keselamatan diri ibu-ibu yang sedang dlm 2nd pregnancy spt Hannah, Aishah & Ana Lyana. Best of luck ok!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat