Yeayyy!!!

Petang semalam habi bagi berita baek. Tentang dia kena training kat Korea Selatan tuh. Bos dia cakap kasi postpone samada pd awal January or pertengahannya. Yeayyy!!! Rasa happy sangat sampai ter kiss habi kat pipi. Ooppsss! Hahaha....Comel tak saye? Ok. Sape nak muntah di persilakan...aku izinkan hari nie..kecuali bg mereka-mereka yang berpuasa...batal puasa tu sbb muntah dgn sengaja....hihi =P

Sebab ape aku happy sgt? Sebab pd awal & tengah January tu takde rancangan apa-apa lagi. Takde kenduri kendara & yg seangkatan dengannya. Hari Ahad nie mahu attend majlis pertunangan BFF dari zaman matrix lagi kat Batu Caves sane. Asal tulis ingat BC, mesti ingat kuil besor. Apa kes? Hahaha. So kawan baek tu mintak tolong amekkan gambo-gambo menarik dia masa hari kejadian pakai DSLR habi tuh.

So, as a friend, tak daya aku nak menolak weh. Since habi ada, boleh la suruh dia aje yg amekkan while aku attend sama Naurah. Takdelah kelam kelibut sangat kan? Lega hati mak noks! ^_^ Tak payah dah import Anje soh jadi driver kesana. Anje, ko boleh g kuar dating dgn Amer. Hahahah =B

Habi jugak sangat lega atas pem "postpone nan" (perkataan poyo) training nya itu. Pada 26 & 27hb pulak his cousin yang agak rapat akan bernikah & bersanding. Kaduk tu byk menolong masa majlis kawen kami. In fact dia jd pangapit habi lagi masa kat resepsi Johor. Memang banyak jasa dia. Jenis ringan tulang. So inilah masanya kami membalas segala jasa baik dia pulak. Kalo tak attend, mmg terasa sangat kejam la kan. Nehi nehi....

Itu belah pompuan. Belah lelaki lak which is kat Semenyih nun on 4th January pulak. Habi ke Korea either on 9th or 16th. Molek sangat la tu kan? Habi kata kalo training tu kena time Kaduk kawen, dia nak tarik diri jer dr pergi. Huhu. Rugi jer kan? Tp apa-apa pon family first kan? Aku faham & support je whatever his decision is. Itulah gunanya ada isteri kan? =) Jgn tambah semak kat otak suami pulak. Huhu..

Cuma aku agak terkilan la sbb ada 2 lg jemputan pd 20hb nanti yang maybe tak dapat nak attend. First, birthday party Khair Rayyan - Ciare & wedding officemate yang tak bape rapat, Yani. Kalo majlis tunang si Ropez tu cepat habisnya, maybe sempat la pergi ke salah 1 event samada ke Tmn Puncak Jalil, Seri Kembangan or di Kajang sana. Tengok la nanti macam mana keadaannya....

Malam nie ada dinner diraja tu kat PICC. Malas rasa nak pegi. Tp kena pegi jugak sbb smlm seketari COO dah mintak list staffs yang pegi. Disebabkan itu, Naurah dah selamat di hantar ke Semenyih malam td. MIL amek cuti semata-mata sebab nk jaga budak tu. Pdhal kalo nk suruh Andak jagakan pon takpe. Orang cucu sorang memang gitulah gaknye. Sayang bangattt hehe...

So balik keje nie balik Salak, siap-siap & terus pergi. Maybe solat kat PICC jelah nanti sebab start majlis pukul 7.30pm. Tak pon bersiap dulu, amek wudhu' siap-siap, azan teros solat & zasss pegi ke sana. Rasanya lebih afdhal kot kan? Hehe. Tengoklah nanti keadaannya macam mana. Habis majlis, balik Semenyih amek Naurah & balik Salak. Makanan apelah gaknye malam nanti kan? Hrp adelah mknn yang aku boleh makan while on dieting nih...ayam goreng sekor ker...hakhakhak =B



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat