Contoh Entry Poyo

Rumah yang semakin terabai....
Letih la sebab dah beberapa weekend asyik ada program aje. Rumah dah macam hape. Kalo tengah basuh pinggan kat kitchen, sakit mata tengok serai tak ber'trim', lalang dah parat peha & daun pokok ubi bersama lengkuas dah merimbun. Dah rope hutan kecik da belakang tuh. Semak!

Mata aku pon semak tengok brg-brg dlm kabinet dah tak tersusun. Tupperware berterabur asal boleh masok. Aku sangat perlukan masa utk susun semua benda-benda dalam tu dalam masa yang terdekat neh. Nak buat on weekdays rasa macam penat lah pulak. Itu pon hari Jumaat dapat gak kemas sikit-sikit. Jadik la.

Weekend nie Insyallah free. At last. Wedding pon kat Taman Ixora tu jer. Tak masalah. Boleh la kemas stor semua sekali. Hopefully.....

Budak yang baju-bajunya semakin ketat & senteng
Sebenarnya aku tengah tensi sket pasal baju Naurah. Memang dah lama gila tak shopping baju bajan basahan dia. Baju utk berjalan aku tak kisah sangat sbb banyak yang masih muat lagi. Baju basahan nie yang banyak dah senteng & ketat. Kesian pulak kat bdk tu jadinya. Pureen Warehouse Sale yang baru nie terlepas lagi sebab wedding Kaduk. Bajet pon dah tak bape ade nih. Hrp bulan depan dptlah beli baju bajan stok sampai dia cecah umur 2 tahun+. At least....

Ramai orang tengah gila nak tengok Ombak Rindu. Aku tunggu Astro main ajelah. Kalo naseb baek, habi dapat download yang baek punya quality dalam seminggu dua neh. Aku doakan habi berjaya. Hakhak. Yang buat aku tak sabo nak masok panggung balik cerita Mission Impossible: Ghost Protocol. Dah cakap ngn habi nak pegi tengok. Last masok panggung masa citer Harry Potter yang final episode. Bulan bape tu yerp? Bulan 7 kot. Huhu. Dah lama gak tu. Sejak dah ada anak, 2-3 kali jelah setahun dpt masok panggung. Pasrah.

Memang aku tunggu movie yang betol-betol berbaloi utk ditonton aje. Itu pon masih ada yang terlepas tengok macam citer Transformers 3 tuh. Takpelah. Dah jadik mak budak nie takdelah rasa nak meroyan sangat kalo tak dapat masok panggung. Hehe. Habi cam suggest bwk masok Naurah sekali dlm panggung. Tapi aku tak mahu lah. Malas nak perkenal kt dia lebih banyak benda-benda yang lagho dalam usia skrg nie. Huhuhu =P Selagi boleh dilambatkan, akan ku cuba....

Naurah skrg nie addicted to taman permainan. Manjang ajak Ayah g taman after kitorang balik kerja. Masalahnya cuaca skrg nie asyik hujan aje. Camne nk g taman hujan-hujan gitu? Dia bukan pedulik pon hujan ribut petir semua. Yang tahu cuma nak pergi taman main buai etc. Kalo rasa kesian sgt tuh, boleh la bwk dia g Giant, Nilai tuh buat pelepas rindu dia pd taman. Cuma buai mmg takde lah yer Naurah....

Dah lama rasanya tak meluahkan ape yang serabot di fikiran macam nie dlm blog. Contoh entry poyo huhuh..



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat