DIY Wallpaper Using Fabric

Klik the pic for the tutorial

Aku dah terpengaruh dengan Dayu bab DIY deco rumah. Huhuh. Tapi yang cuba nak buat nie takdelah seni mana. Cuma nak try buat wallpaper kat dinding rumah menggunakan fabric. Sebab bahan-bahan dia aku tengok senang gila & dah siap ada kat rumah. Cuma tinggal nak beli fabric yang berkenan di hati aje. Mementang la kedai kain Nilai tu sekangkang monyet jer dari rumah,  maka peluang seperti ini sangat tak patot dilepaskan. Huhuh ^_^

Kos kalo nk buat wallpaper rumah nie bukan sikit-sikit yer harganya. Aku dah survey. Kalo boleh buat pon kena tunggu bonus. Semua nak buat masa dapat bonus. Boleh ker? Kena tengok priority jugak la sebenarnya. Mana yang lebih penting bg aku & habi. Semua benda pon kena diskas dgn habi. Kalo dia reject, memendam rasa ajelah aku jwbnya. Siryes la tentang bab deco-deco rumah nie 90% memang guna RM aku aje. Habi mane kesah sgt bab deco-deco nih. 

Aku pulak tak betah tengok rumah tak menarik. Dinding kosong je mulalah otak aku ligat nak letak ape yerp nak bg tak nampak kosong. Nak letak pape ke tidak? Kalo byk sgt wall deco, end up boleh jadik serabot la jugak. Takmo lah sampai jd gtu kan? Sometimes less is more =) So pendapat habi tentang segalanya pon penting jugak. Takot tersilap langkah tak boleh nak undur balik dah. Hihi..

Next year habi cuma dah janji nak tunaikan permintaan aku bab cat mengecat aje. Itu pong awal-awal dah bertelagah pasal kaler. Aku nak cuba warna yang agak garang. Dia pulak selesa dgn natural color. Yang senang masuk dengan barang-barang perhiasan mahupun furniture yang lain. End up perbincangan tergantung macam tu aje. Malas nk gado lebih-lebih sebab benda nak buat pon tahun depan. Ape kes nak gado awal-awal pulak kan? Hehehe =P

So misi aku skrg nak carik fabric yang berkenan di hati kat Nilai 1. Masa ushar kain nak buat langsir hari tu nampak memang byk jugak yang menarik. Maybe boleh buat utk projek wallpaper. Kalo jadik, memang tak sabo aku nak tayang kat kome semua. Hehehe. Apa-apa pon kena cuba kat wall dalam bilik dulu. Lebih afdhol buat kat tempat yang tersembuyi. Anything wrong happen, takdelah stress sangat dibuatnya. So tempat yang aku akan cuba buat nanti ialah di bilik tetamu. Kalo menjadi, beruntunglah sape yang datang rumah duduk kat bilik tu nanti. Tetibe....hahaha =P



Popular Posts