Gangguan Jin & Syaitan

Meh nak citer sket tentang penyakit misteri Naurah berkaitan tidur & susunya tuh. Alhamdulillah skrg dah kurang sangat dah kes tunjuk menunjuk 'sesuatu' yang kita tak nampak tuh. Cuma tidurnya masih lagi terjaga around tengah malam & menangis mahu diambil. Sometimes biar aje dia tido with us sampai ke pagi. At times bila nampak dia dah lena benor, letak balik atas katil dia. Siryes kena jugak buat begitu spy dia attached dengan katil dia tu. Kang nak dapat adik tak lama sok takdelah masalah katil queen kena kongsi ber-4. Hehehe. Hopefully lah. 

Usually kalo masih baby sangat, aku memang tak berani tido sekatil. Macam Naurah dulu, letak dia dalam cot lah. Ulang alik bila baby nanes nak susu. Gitu. Memang letih, tapi rasanya itu yang terbaik utk keselamatan baby. Kejap-kejap mmg aku jenguk takot ada nyamuk sesat or takutkan kes selimut tertutup kat muka baby. Naluri seorang ibu memang macam tu kot. Manjang riso kat anak. Tak tenteram nak tido dibuatnya. Takpelah...demi anak. Anugerah terindah dari Allah utk kita umat manusia =) Besar tanggungjawab kita kat deme...

Thanks to gadisbolaperak for your emel concerning about Naurah. Jasamu ku kenang =) Tak sangka melalui blog nie bertambah kenalan aku kat serata Malaysia neh. I love u blog! Haha. Over.

Bercerita tentang penyakit neh, aku teringat dalam majalah Solusi artikel tentang Senja. Senja nie kan sangat tak elok utk kita umat manusia berkeliaran kt luar rumah. Orang tua dulu-dulu pon very particular tentang bila senja, tutup pintu tingkap rapat-rapat, duduk diam dalam rumah. Jangan keluar rumah mcm perintah berkurung gayanya. Sebenarnya apa yang orang tu buat tu tak salah. Cuma bila anak-anak tanya kenapa? Takot kena sorok hantu tetek katanya. Hahahah. Mind those word yerp. I'm just writing what I know lah. No bad intentions. Hehehe.

Senang kata nak bagi kite budak-budak nie takot bila dengar word 'hantu' yang sebenarnya ialah 'syaitan'. Waktu senja adalah waktu syaitan & jin keluar bermaharajalela. So lebih baik kita umat manusia neh ddk dlm rumah, berehat & luangkan masa bersama keluarga selepas seharian suntuk di luar rumah melakukan pelbagai aktiviti harian.

Wahai manusia, bertebaranlah kamu di muka bumi pada waktu siang & carilah rezeki dari Allah. Di waktu malam bahagikanlah masanya 1/3 utk berehat, 1/3 utk tido & 1/3 lagi utk beribadat kpd Allah.

Ayat yang dipetik dari al Quran ini sudah menegaskan sendiri tentang fitrah kehidupan manusia dalam sehari-hari. Sangat jelas bukan? Kat majalah Solusi tu ada tulis tentang penyakit yang puncanya maybe dr syaitan & jin. Cthnya penyakit denggi. Pembawanya ialah nyamuk. Nyamuk keluar usually pd waktu apa? Senja kan? Thats y sakit denggi nie sangat deadly. Sebab ada bawaan dr syaitan maybe. Wallahualam. Itu teori ajelah. Tapi masuk akal jugak kan?

Ada orang selalu menyampah bila kita kaitkan penyakit dgn alam ghaib. Tak percaya pd perubatan Islam. Percaya yang nampak dgn mata aje. Moden kononnya. Terpulang lah yerp. Pada aku, perubatan Islam juga salah 1 ikhtiar dalam melawan penyakit yang kita alami. Tak rugi mencubanya. Mostly guna ayat al Quran aje pon. Amalkan membaca bbrp petikan surah. Dapat juga pahalanya yer dop? HUHU. Tepuk dada tanyalah iman...

Kesembuhan itu milik Allah. Maka berdoalah....ikhtiar....

Kebetulan emel dari Puan Lina Karim ibu pd Darwisy & Darwisya pagi ini adalah tentang gangguan jin & syaitan. Meh aku copy paste kat korang antara tulisan beliau.

Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan : 

  1. Adakah matanya melilau melihat sekeliling
  2. Menangis yang tiada air mata,
  3. Menangis seolah seperti di cubit,
  4. Menangis dalam keadaan takut,
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
Hurmm..lebih kurang dengan keadaan Naurah aje. 

Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?

  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat