Ibu Kuciwa Nak!

Pipi merah ddk bawah khemah panas (sebijik cam Ibu ^_^) Berpeluh habis sampai basah rambut nipis dia tuhh...(rambot Ibu afro. so bab nie ikot Ayah...miahahaa...)

Aku tak tahu kenapa aku macam kecewa bila tengok kulit Naurah skrg nie semakin gelap. Nak kata dia main panas, mana ade beb! Ini bukan gelap sebab berpanas. Ini mmg gelap natural skin dia. Kecik-kecik putih, ngalah kulit aku. Dah beso ni, kelam sikit aku nengoknya. Bila bandingkan dgn kulit aku, sah memang aku lagi putih drp dia. Sedih T_T

Aku selalu fikir macam nie. Anak perempuan kulit kena cerah. Muka tak bape nak lawo pon tp kalo kulit cerah, saham tu sentiasa ade. Hehehe. Anak lelaki kalo nak gelap tak kesah. Sebab ppn yang putih selalunya tak suka lelaki yang lebih cerah kulitnya drp dia (cthnya aku la hihi =P). So nak kawen nanti lelaki kulit sawo matang/gelap ada chance dpt bini putih. So end up anak tetap ada gen putih. Begitulah seterusnya. Poyo tak fikiran aku? Bwahaha =B

Yer yer aku ingat kulit Naurah cerah ikot kulit aku. Rupanya sangkaan aku silap belaka. Maybe lah dia masih dalam kategori cerah. Tapi tak secerah aku pong. Senang kata bab fizikal byk ngekor ke habi jelah. Sensitifnya iyer, wajahnya pon iyer, now warna kulit pon dah iyer. Ibu mana yang tak sedih beb? Ceh! Drama pulak aku. Hahaha. Habi kata ape taw bila aku komplen kat dia pasal kulit Naurah. Dia kata fizikal semua mmg ikot dia. Tapi perangai sejibik macam aku. Bwahahaha =B

Dengan bekengnya tuh, dengan bijak laksananya tuh (ehemm..aku bijak per =P), dgn manjanya tuh, dgn tak penyabar nya tuh. Memang ikot aku saje. Hakhak.

Tapi itulah..walau macam mana kecewanya aku dgn warna kulit Naurah, dia tetap anak aku yang tersayang. Kalo tetibe dia takde, ape gaknya jadi hidup aku. Pasti sangat suram & kelam. Alangkan dia tido dengan Wan & Atok bila bermalam kat Semenyih pon aku dah rasa kehilangan. Inikan pulak kalo 'hilang' utk selama-lamanya. Moga Allah bagi aku masa yang panjang utk hidup bersama dgn Naurah & habi. Amin.



Popular Posts