Jumaat Terakhir 2011

Hari Jumaat terakhir sebelum kita semua melangkah ke tahun 2012 =) Kat dept. aku neh ramai yang dah start cuti. 6 orang ajelah yang ada for today. Pulak ada orang nak belanja lunch Nasi Ayam Penyet. Ada orang yang makan 2 polistrene nie kang. Kehkehh =P Kalo time period aku memang pelahap sungguh. Nape ntah. Perut nie sokmo mintak diisi nasi. Kalo tak dapat nasi, cam something wrong somewhere. 

Habis period nie kena sambung atkins balik lah sebab dah janji dengan habi semalam. Hohoho. Bising suda dia bila tengok aku asyik melantak tak kira apa makanan depan mata. Habi memang macam tu. Kalo dia tawu aku on diet, pastu melantak macam-macam, kompem dia tegur punya. Tapi kalo aku mmg tak kata nak diet, dia suruh aku makan banyak-banyak pulak. Acane gitu? Wuhuhuh ^_^

Lupa nak cerita masa balik kampong hari tu, aku masuk 1 pelaburan yang dibuka khas utk peneroka felda, staf felda & anak-anak peneroka. Macam jenis amanah saham jugaklah. Cuma ini utk mereka-mereka yang berkaitan dengan felda ajelah. Kan skrg pon tgh hot cerita Felda Global Ventures nak disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia. Kira aku macam salah seorang pemegang saham dia lah. Utk permulaan kena bayar fee pendaftaran RM20 & pelaburan minima RM100. Total RM120 sudah pun aku amanahkan pd Abah utk settlekan part yang seterusnya bersama dgn borang yang sudah lengkap di isi.

Masa dah nak bertolak balik ke Sepang, barulah kocoh-kocoh aku isi. Hehe. Aku bajet kalo ada rezeki dapat bonus nanti, nak tambah la lagi pelaburan dalam sana tu. Err...RM100 pelaburan skrg tu duit habi sebenarnya. Entah nape dia baik hati sangat lately dgn aku bab duit-duit neh. Aku rasa dia ada dapat duit sikit dari kerja-kerja luar yang dia buat tuh. Aku malas nak tanya sebab duit dia kan? Habi tak pernah lokek dgn anak bini kalo ada duit lebih. Kalo takde duit, dia diam aje. Gitu. Hehe. So kalo dia offer nak belikan itu ini utk aku or Naurah, takyah cakap banyak, rembat ajelah mana yang berkenan =P

Habi kesian kat aku gaknye sebab tak ada investment dlm mana-mana amanah saham. Ekcelinya ada sebab pernah datang penyata ASN kalo tak silap aku. Upgrade dari buku Akaun Remaja Ting zaman sekolah dulu. Tapi aku tak aktif. Nak buat buku baru semua macam leceh lah pulak rasa prosedurnya. Tu yang buat tak kisah aje tuh. Now dah ada KPF neh, rasa cam bulan-bulan boleh put aside barang RM50 masok dalam sana. Kan best kalo boleh potong gaji macam Tabung Haji tuh. Kann?

For Tabung Haji, pemotongan masih dilakukan setiap bulan dari gaji aku. Next year after increment, nak tambah lagi lah kat situ. Kalo tak buat gini, mana nk ada saving nya aku nie kan? Huhu. So rasanya dah cukop la investment utk aku di masa depan. Ada Tabung Haji, Prudential & soon KPF. Entah merasa entahkan tidak duit di masa depan tu nanti. Takpelah, kalo aku tak merasa, bagi kat anak-anak ajelah. Maybe dah tertulis yang duit tu utk deme merasa bukan aku. Who knows kan? =)

Saving sudah ada. Yang balance, haruslah utk aku nikmati sepanjang aku hidup kat dunia neh. Nak shopping itu ini utk mencantikkan rumah, beli baju bajan baru & holiday. Yeahhh!! Part holiday tu yang paling seronok bagi aku. Bulan 2 dah ada plan, after that bulan 5 pulak utk celebrate 3rd anniversary. Huuu..best best....






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat