Kereta 2012?

Entah nape adik aku paling bongsu si Iraz tak habis-habis lagi nak nyembang pasal dia nak beli kereta Myvi putih habi tuh. Dari kat kampong dah sebok-sebok tanya. Selok benar nak pakai kereta. Tapi duitnya nggak ada. Ate nama pon masih blajo nak jadik chekgu English dah kuar nanti. Tang mananya nak datang duit bayar installment RM424 sebulan sok? Kofkofff. Adik aku. Pandai pulak nak membanding dengan aku dulu masa final year kat UPM dah pakai Kelisa JHT tuh. Pon atas ikhsan Abah & Kak Ya jugak katanya.

Well, aku tak nafikan pon bantuan dari deme tuh. Tapi bezanya, masa tu ada ade income sebab buat part time kat office Alumni sane. Dapat la jugak barang 400-500 bulan-bulan buat top up bayar JHT tuh. Ko ado? Aku tanya adik aku. Kehkeh. Terus-terus kata nak carik keje part time tapi keje apa yg ada katanya kat Batu Pahat nuu? Bwahahaha. Kesian pulak adik aku sorang tuh. Teros aku pon emel Kak Ya tanya guane kite nak membantu adik bongsu yang sorang tuh?

Citernya sebelum nie, kami tak setuju sangat dia ada kereta sebab takot makin panjang langkahnya kesana kemari. Sedangkan ada motor skrg pon ntah ke ceruk mana semua dia dah celah. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, by right tak kisah pon motor ke kereta ker, kalo dah memang kaki jalan, what to do? Naik bas pon bukan dia tak pernah buat g PD ngan kengkawan dia kt sana tuh. Hohohoh. Kata masa tgh study nielah senang nk g jalan memana ye dop? Aku mengerti perasaan itu sebab pernah melaluinya dulu ^_^

So aku ckp la ngan Kak Ya, at least kereta pon more safety from motor. So, maybe boleh consider jelah menolong adik yang sorang itu dengan cita-cita terbarunya tuh. Tgh chat dgn Iraz tu tadi, tetibe dia kata Kak Ya approved plan dia nak beli kereta Myvi habi tuh. Bermakna adik aku buat loan dgn kakak aku jelah. Kak Ya tu kan macam bank utk adik beradik kitorang. Bwahaha =P

Persoalannya skrg, nak ker habi jual kereta si Putih kesayangan dia tuh? Pastu berapa pulak Iraz kena bayar kat habi depositnya sebelum go on sambung bayar for another 3 years+ lagi tuh? Installment bulanan by right Kak Ya+Abah & Iraz bergabung tenaga sorang sikit membayar kot. Kalo jual kereta Myvi, kereta apa yang habi nak beli? Hohohoh. Part nie aku suke. Ya ya ya!!

Sebenarnya aku & habi selok la kalo tengok kereta Kia Forte kaler putih kat mana-mana. Honda City dah tak pandang sangat dah. KehKehKeh. By right price range Forte agak bersesuaian dgn bajet kami for monthly installments. Lega la sikit sebab JHT kan dah habis bayar hari tu. So kereta baru sok share bayar berdua maybe 60 (habi)-40 (aku) lah. It just that deposit yang Kak Ya bagi sbg pertukaran kereta Myvi tu nanti takdelah banyak mana. Dalam 7-8k aje. Utk buat muka bayar kereta baru, at least kena ada 15k. Barulah monthly tak pitams sangat nak membayonya. Aku consider monthly around 800-900 masih dalam kemampuan lagi la.

Forte Koup 2 pintu yang mabelessss! Tp kereta family kena 4 pintu hokehh!! T_T

So tadi ushar la jugak price range Forte skrg. Paling penting kena auto sebab aku pon nak bawak jugak nanti. Ate bayar sama-sama. Kalo manual cam tak adil pulak rasanya sbb habi sorang jer boleh drive. Kehkehh. Ada 1.6 ada yang 2.0.  Pilih mana yang berkenan. Yang penting ini $$$ hahahaha.

Sebenarnya aku dah tak selok pon pasal nk tukar kereta baru nih. Tetibe jadi gini pulak. Maybe mmg dah takdir nak pakai kereta baru jugak kot kan for the year of 2012? Semuanya perancangan Allah.....yang terbaik utk hamba-hambaNya....alhamdulillah....sekiranya mmg rezeki kami utk tahun depan..

Ehh...ntah jadi ntah tak. Saje je share sini dulu. Kalo diam aje takde citer dah psl nk tukar kereta sok-sok, korang paham-paham sendiri ajelah yerp! HAHAHHA

p/s: Kak Ya skrg pakai Forte kaler brown. Adakah lepas nie kereta dia ada kawan kaler putih? We'll seee......hehehe....



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat