MI4: Worth To Watch

MI4....phewww!! What more can I say? Pemilihan movie oleh aku utk ditonton di cinema bersama habi tidak pernah mengecewakan ^_^ MI4 is worth to watch. Puas. Berbaloi. Penuh dgn plot. Penuh dengan aksi yang mendebarkan diselangi dengan lawak-lawak slapstik (ape maksud word nie ek? HAHA) & Tomok+ Wife duduk belakang kami sewaktu menonton. Tetibe je kan? Miahaha =P

Siryes la. Aku & habi duduk kat couple seat 2 dari belakang. Masa cari seat tu habi dah perasan & bisik kat aku, Tomok ape belakang kite? Aku, as usual malu la nak toleh belakang pandang-pandang muka manusia neh. Eventho habi soh buat pengecaman, I refused to do it until the end of the movie. Masa balik nak ke parking lot, deme jalan depan kami. Ok. Memang betol Tomok+Wife. Masa bayar parking ticket, deme beratur belakang kami. Yess! Ntah pape. Hohoho. Wife Tomok kecik molek & aku nampak perutnya agak buncit. Apa lagi maksudnya kan? She's pregnant. Maybe kandungan berusia dalam 5-6 months la dr pemerhatian aku. Hehe.

Deme pon berlalu pergi & terserempak lagi when masing-masing dah dalam kereta. Kereta kami ada persamaan. Iaitu warnanya yang putih. Bwahahah. Kami with Myvi & them with Toyota Caldina yang super gorgeous tuh. Takpe..takpe. Bila rasa jeles dgn kemewahan orang lain, sila ingat-ingat gardener kat luar opis yang tengah cabot rumpot tu. Be grateful okay Sharena! InsyaAllah =)

Eventho semalam flu yang agak kronik telah melanda diri aku, demi MI4, aku terus gagah mempertahankan mata dari terpejam. Telan panadol 2 biji, cergas sikit jadiknya. Bangun pagi pon badan rasa okay. So gagah ajelah ke office dgn jubah tersarung molek. Tengok bos! I teruk-teruk flu pon masih datang opis keje taw! Itu pon masih tak bersyukur. Masih nak komplen psl mc aku lagi byk dari dia which is sepatutnya tak berlaku pd kacamata dia sebab dia lebih berumur dari aku. What the......orang yang belajar tinggi-tinggi nie tak semestinya bijak bila bercakap tentang kehidupan nie kan?

Bila fikir macam tu, aku rasa tak jeles lansong dgn duit juta-juta yang dia ada or gaji belas riban stp bulan dia tuh. Duniawi ajo. Akhirat zero. Aku rasa kalo boleh dikira tahap kegembiraan hidup sbg seorang manusia, mesti aku jauh lebih gembira dari dia. Eventho gaji aku kecik & tak dapat g holiday kat serata dunia setiap tahun, at least aku boleh lagi berusaha seimbangkan atr dunia & akhirat. Dia ape ade? Duit banyak pon aku tengok tak enjoy dgn life. Manjang riso dah tuo sok takde sape nak jaga dia. Thats y kena byk duit utk bayo bulan-bulan kat pusat jagaan org tuo sok. Life apo macam tu? Ok. Be more grateful Sharena! ^_^ InsyaAllah

Sekian, tazkirah hari Jumaat. HEHE.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat