Misteri Tentang Naurah #2


Malam tadi aku rasa lega sangat sebab Naurah tido around pukul 9pm. Lena beno tidonya aku nengok. Sampai ternganga mulot hah! Gaya cam letih sgt. Maybe sebab tido asyik terganggu lately. Kesian. Tapi pukul 12pm dia dah terguling resah seperti malam sebelumnya. Ke kiri tak kena, ke kanan tak kena. Last last dia bangun mintak dokom. Mahu tido sama Ibu & Ayah lagi.

Aku pujuk hati utk tidak bertegas buat bbrp waktu ini. Maybe mmg ada sst yang selalu datang mengganggu tidurnya. Aku rasa seperti faham dgn situasi Naurah. So baringkan dia di katil kami lagi. Itu pon dia mengamok siap terajang-terajang kaki sampai kena kat badan Ayah. Nampak macam marah. Aku tahu memang stress bila 'diganggu' begitu. Bukan aku tak pernah experience dulu. Cumanya Naurah kecik begini dah kena. Sangat kesian.

Aku cuma mampu berdoa pd Allah moga gangguan tidur Naurah berakhir secepat mungkin. Di waktu Maghrib, aku perbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Supaya rumah terasa lebih aman & bersih dr segala unsur-unsur yang negatif. Harap usaha ini membuahkan hasil.

Petang semalam ketika hampir masuk waktu senja, Naurah sangat cranky. Asyik mintak nak main kat luar rumah. Kat porch kereta yang sekangkang kera itu. Aku sampai naik hairan. Bila di ground floor, asyik merengek mahu ke tingkat atas. Bila di atas, merengek mahu ke bawah pula. Apa yang dia nak sebenarnya? Aku cuba utk bersabar & faham dgn keadaan dia. Lebih-lebih lagi budak tu dah kena flu. Berdoa moga tidak melarat sampai demam.

Di hampir waktu Maghrib juga, Naurah merengek menangis sambil matanya memandang ke bahagian atas ceiling rumah. Sekejap ke sana sekejap ke sini sambil tangannya menunjuk 'sesuatu' yang berada di atas. Siryes aku rasa macam ada 'sesuatu' di atas situ. Sedang beralih-alih tempat kesana ke mari mahu bermain atau mengganggu Naurah. Tapinya deria ke-6 aku tetap tenang & aman. Itu yang aku sangat pelik. Kalo betol ada sesuatu, mengapa hati aku tak dapat pick up apa-apa?

Sebenarnya aku dari zaman sekolah menengah, kalo orang cina kata, 'mata anjing'. Senang kata mudah nampak hantu. Aku macam ada 6th sense la senang ckp. Kalo tak nampak, masih boleh 'merasa' sebarang kehadiran entiti halus. InsyaAllah. Nampak pon tidaklah selalu sangat. Kalo nampak pon tidaklah dgn jelas gitu. Tak terbuka sepenuhnya hijab aku nie hah. Kalo bukak habis, ntah ape jadik kt aku ntah. Hohoh. Ehh, dah lama tak sambung Kisah Misteri kan? Kisah-kisah masa aku kat kolej dulu. Nanti aku up n3 lain.

Maybe dah berkarat kot kebolehan 6th sense aku. Tak pon dah tertutup. Tak tahulah. Tapi aku hrp imaginasi aku aje psl gangguan Naurah nih. Sebolehnya mintak aku tersalah. At the same time, aku usaha dulu berdoa pd Allah spy diberi perlindungan pd Naurah dr segala gangguan Syaitan. Perbanyakkan bacaan al-Quran & pasang selalu zikir kat Oasis or AlHijrah tu. Kalo keadaan masih tak berubah, baru usaha cara lain pulak. Moga Allah permudah. Amin.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat