Misteri Tentang Naurah

Dah 2 malam kejadian yang seram-seram kuku nie berlaku pd aku & habi. Habi tak seram kot sbb dia macam takde perasaan takot kalo tgk citer hantu. Hoho. Rasa cam dah lama tak tido 1 katil dengan Naurah. So Ahad malam Isnin aku pon angkut budak tu tido tengah-tengah atr aku & habi. Pukul 1 pagi tetibe budak tu terjaga pulak. Mula-mula asyik merengek sajo tanpa ada sebab musabab yg munasabah. Tak lama lepas tu dia jadik baik gila. Tp takmo tido asyik nak ajak main. Siryes tak pernah lg kejadian macam nie berlaku taw!

Usually bdk tu tido around 9pm+ & teros tido nyenyak sampai pagi. Bangun sekali dua hanya utk menom susu. Tak masalah lansong. So bila bdk tu tetibe terkejot, mata bulat pastu memule nanes & then jd sweet giler, aku rasa mcm something wrong somewhere. Aku n habi bajet dia akan flat gila sebab kitorang outing dari tengahari sampai balik rumah 9malam. Rupanya jadi dia terbangun malam buat pe'el pelik pulak.

Paling seram ape taw! Naurah asyik la cakap ' Siapa tu?' sambil tunjuk jari ke arah pintu bilik tido. Berulang-ulang kali sampai aku pon naik seram. Mana ada sesiap siot kat dlm bilik selain kami bertiga. Pastu tanya lagi ' Bunyik apa tu?'. Huwaaa...aku tak dengar bunyik apa-apa pong taw!!! Habi pon tak dengar jugak. Pukul 1-2 pagi ko buat pe'el cenggitu..mane mak tak seram nak oiiii!!!! Huuuu...

Pastu dia pejam mata dlm pelukan aku, tetibe nanti dia bukak mata pastu buat senyum mata sepet dia tuh. Alah cam kat header atas blog aku tu. Senyum gitulah. Huwooo...seramm..serammmm...nape pulak nk sengih cenggitu kat aku banyak-banyak kali. Lain macam beno nengoknyer....aku soh dia tido pastu dia buat muka gitu...takpon dia tenung muka aku lama-lama & senyum...huuuuu....mak seram okehhhh!!!!

Malam tadi Naurah buat pe'el pelik lagi. Pukul 10.30pm masih taknak tido. Sangat energetic. Lompat-lompat atas katil ajak aku & habi main. Dalam pukul 11pm gitu dia tertido. Aku pon tak sure sbb aku dah tido kot rasanya time tu. Hoho. Tak larat nak layan beb sbb pk hari nie keje lagi kan? Around 2am dia merengek-rengek dgn mata terpejam. Guling sana guling sini. Dia macam 'terganggu'. Ada sesuatu yang menggangunya dalam tido. Kesian sangat aku tgk dia. Aku fikir, kalo malam ni jadik lagi, maybe kena bwk pegi ustaz memane nih. Lain macam beno...kesian tengoknya...

So aku pon susah la hati termenung memikirkan perihal Naurah tu. Dalam pd seram, aku angkat dia & tidokan kat pangku. Sambil baca ayat Kursi 2-3 kali. Doa pd Allah if ada 'benda' kaco Naurah, pergilah jejauh sana. Jgn kaco anak aku. Kesian dia taw! Alhamdulillah lepas tu Naurah pon tido lena sampai ke pagi. Syukur.

Sejak Jumaat lepas, Naurah dah taknak minum susu sangat. Senang kata 24 jam cuma 2 kali dia minum susu. Pagi sekali, malam sekali. Itu aje. Bila aku tanya susu tak sedap ker Naurah. Dia pon ckp tak sedap. Takkan nak putus susu dah ehh? Belom 2 tahun pon lagi. Dah bape kali buat susu tak dijamahnya lansong. Siap nanes-nanes takmo susu.

Banyak pulak benda pelik kat Naurah lately. Susah hati aku dibuatnya. Tapi other than that, dia okay aje main-main happy cam biasa. Bab susu & tido nie yang buat aku runsing. Entah apa kena. Hurmm...



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat