Morning Story

Uhuk uhukkk...srottt sreeetttttt....

Ok. Bunyi-bunyian yang tak best nie akan kedengaran maybe for the whole of this week from me. Hehe. Semalam aku on medical leave. Selain sebab diri sendiri memang tak sihat, sambil-sambil lah menjaga anak dara yang demam sejak Sabtu lepas. Alhamdulillah malam tadi badan dia dah bersuhu normal, this morning juga begitu. Berkat bg ubat on time & doa Ibu gaknya. Wallahualam.

So....ada sape-sape yang rindu kat aku sebab tak update semalam? Mesti korang tertanya-tanya kan nape aku x update blog? Kann? Kannnn? HAHAHA. Perasan! ^_^

Semalam dlm pd melayan karenah Naurah yang kejap ok kejap tak ok tuh, sempat aku menggulung popia nak buat Popia Nestum Chocolate for second time. Kesian pulak tgk Naurah korek-korek balang carik popia dalam serdak nestum. Huhu. So Ahad dah beli siap-siap kulit popia. Nestum masih ada balance separuh lagi from 1st batch hari tu. Bila menggulung dengan anak neh, biasalah asyik ada gangguan dari si kecik tu. Gasak ah. Janji siap keje. Yang dah kena lobang-lobang bekas kena geget Naurah tu end up aku gunting aje kecik-kecik. Best jugak sebab bila goreng jadi rangup. Krupp krupp. Shedap.

Hari nie bawak half balang ke opis. Nak bg opismate rasa. Apa kata survey????? HUHUHU. Bukan nak amek order yerp. Saja nak buat makan-makan aje kat opis. Kalo ada orang order, aku letak 1 balang kecik RM50 hengget. Mesti diorang cancel. HAHAHA =P


T-Shirt Naurah dalam gambar di atas kredit to Mun. Sape masok blog dia sila komen banyak-banyak. Nanti boleh dapat hadiah free cam Naurah. Hehehe. Pic taken at Dataran Nilai. Masa mula-mula sampai asyik nak berdokom. Takot serba serbi. Bila dah start panas, seronok tengok dia berlari laju ke sana sini. Jatuh pon tak takot sangat sebab banyak rumput. Next time kite pergi lagi yer nak.

Btw Ahad lepas 18.12.2011 genap usia Naurah Zayanie 1 Tahun 10 Bulan. 2 bulan jer lagi nak 2 tahun. This time kita letak gambar Dora & Mozu la pulak yerp kat kek. Can't wait.....^_^



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat