My Sweet Little Girl

OK dah ada kat opis sekarang T_T Hari tu last update kat kampong. Tetibe dah ade kat opis hari nie kan? HEHEHE....

Malam terakhir kat kampong aku dah tulis dah bbrp perenggan nak post kat sini. Tetibe dengar Naurah meraung kat luar sana. Habi bawak masok bilik, so budak tu asyik la tak bagi aku nak concentrate menaip. Habi pulak as usual tak boleh nak handle kalo budak tu buat perangai. Dalam kehanginan, pangkah blog, amek Naurah & bawak keluar g sembang ngan Mak & Kak Ya. Kat situ baru nampak muka Naurah ada merah-merah. Kak Ya kate maybe sebab makan santan siang tadi ker?

Hurmm..I don't think so. At that time dah tahu mesti ini punca dia meraung tadi neh. Kena cakar dgn anak Kak Lin si Haesya si samseng kecik aku panggil dia. Huuu..itu budak aaa...muda 4 bulan taw dari Naurah. Badan pon nampak kecik sket la dr anak aku tuh. Tapi dia punya samseng laaa...geram aku tengok! Naurah tu bukan aku tak tawu. Nak pukul budak lain pon takot-takot. Memang jenis tak reti bergaduh. Si Haesya tu dia punya gaduh memang betol-betol pukul punya. Manjang aim nak korek mata. Teringat kat Mia pulak. Mia samseng kazen Mika. HAHA. Ada 3 kesan cakaran kat bawah mata Naurah sampai ke bawah pipi. Luka kecik-kecik gitulah. Sangat obvious dah sekarang. Pengasuh Naurah pon dah tegur pagi td. Hukhuk.

Everytime aku tengok luka tu, rasa kesian sgt kat budak tu. Usually kalo Naurah nampak bdk samseng tu datang dekat, cecepat dia blah sebab takmo budak tu rebut apa-apa yg ada pd dia. Sebab kalo rebut, kompem kalah punya Naurah. Bijak jugak anak aku tuh. HUHU. Tapi si Haesya tu asyik la nak datang main ngan Naurah. Kadang aku cecepat bwk Naurah larik. Kadang cam kesian pulak kt Haesya tu sebab dia nak bermain kan? Boleh bagi deme main, cuma kena pantau. Nampak cam Haesya naik syeh aje, cecepat amek Naurah bawak lari. Gitu. 

Kak Lin aku jenis buat tak kisah aje kt anak dia. Entah lah. Pada aku, dah tawu anak tu samseng gitu, nasihat ajelah banyak-banyak kali cakap tak elok pukul-pukul neh. Main baik-baik. Sebab itulah yang aku selalu nasihat ke Naurah kalo dia buat benda tak elok. Memanglah sometimes deme buat jugak. Tapi lama-lama deme cam dengar cakap jugak taw! Kita sbg ibu bapa janganlah cepat mengalah mendidik anak dalam usia deme kecik skrg nie. Kena cakap selalu. Lama-lama diorang akan dengar. InsyaAllah. Bila dibiar, deme mmg takkan berubah lah. Bajet ape deme buat tu tak salah. Salah siapa? Ibu bapa sebenarnya. Budak kecik ape tawu? Dah tak ditegur. Gitulah jadiknya....makin naik lemak!

Terlintas jugak kat fikiran aku nak cakap ngn Naurah soh lawan balik Haesya tuh. Pukul kuat-kuat semula. Tapi bila fikir balik, cam ajar anak benda tak baek aje. HUHUHU. So tak jadik la nak ajar dia gitu. Aku tak fikir Kak Lin kecik hati bila aku bawak lari Naurah bila Haesya datang. Sebab dia pon tawu anak dia samseng gitu. Kakak aku tuh anak dah 4. Aku tgk makin lama dia makin malas nak melayan anak dia. Cam tak beriya lansong nak mendidik anak. Tawu nak marah aje. Dah takde gaya mendidik. Padahal seorang pendidik. Hurm....

Bila tengok gitu, otak aku cakap janganlah aku jadik cam gitu nanti. Kalo anak ke-2 sok dah rasa malas mendidik, cukoplah takyah no.3 dah. Anak kalo tak dpt perhatian dari ibu bapa, memang kesian tengoknya. Aku lebih suka kualiti dari kuantiti.

Aku suka everytime balik kampung, nampak yang parents & siblings aku suka main-main dgn Naurah. Memang nampak Naurah dilebihkan & disayangi lah. Kalo anak Kak Lin, memang manjang kena marah dgn deme. Sebab nakal ntah hape-hape. Anak Abg Eddy si Emriel tue ok lagi la. Kena marah bila dia gaduh ngn Aqil anak Kak Lin aje. Tapi kitorang jengkel pulak tgk Emriel tu tak boleh berpisah lansong ngn ibu ayah dia. Pantang tak nampak kelibat ibu or ayah dia, mesti menangis melalak macam hape. Poyo pulak tgknya. HUHU. Pastu masih tak cerai susu dgn ibu dia. Tahun depan dah 4 tahun okeh! Gilo!!!

Kak Ya selalu cakap Naurah aje yang behave & masih terkawal. Tak banyak masalah. Cousins dia yang lain semuanya dah macam hape. HOHO. As a parents, of course aku happy bila ramai yang senang dgn Naurah. Ada aje yang rajin nak melayan dia kalo aku nak berehat tengok tv ke hape. Sebab dia budak yang baik & sweet ^_^ Puji anak sendiri. Hihihi. Sape lagi nak puji ye dak? =P

1 kelemahan Naurah, tak semua orang dia nak. Contoh cam adik bongsu aku Hirraz nak dukung dia. Haram tak hingin nya Naurah. HAHAHA. Kesian adik aku. Sape soh besar cam beruang kan? Takot Naurah dibuatnya. Hehehe. Ibu gajah je tak ape. Pastu at times memang taknak dgn sape-sape kecuali aku. Ape nak buat. Ibu best sangat kan Naurah? =P

Anak Kak Lin no. 2 si Mija pon lebih suka main dgn Naurah dari adik dia si Haesya tuh. Nampak sgt kannn? Siap berdukung Naurah dgn kakak Mija. Kelakar pulak aku tengok. Hikhik....

Harap Naurah jadik budak yang disukai sampai bila-bila.....amin.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat