Plan Ke Laot

Aku rasa ramai yang masih ingat hutang kereta JHT dah habis a few months back. Pastu macam-macam la aku plan nk buat apa dengan balance duit yang kengkununnya agak banyak la utk aku. Sudahnya haram. Satu benda yang dirancang pon tak menjadi. Buat hutang baru lagi ade. I am so human T_T

Looks like balance gaji tu memanglah ada pertambahan compared masa masih bayar installment kereta. Tapi takdelah gaya macam boleh berjimba sangat pong. Kengkadang tengah bulan tu sakit la jugak sementara nak menunggu akhir bulan. Kalo ada claim medical ker mileage ker takpe sangat. Bile time takdo, mmg dok senyap ajelah kt rumah diam-diam. Ye ker? Hakhak =P

3 jer lagi commitments Sharena!!! Semua pon dah nak habis bayar. Tak sabarnya. Harapnya sebelum tamat 3 installments nie takdelah aku gatal menambah jadi 4 ker 5 installments pulak. Mentang-mentang semuanya dah nak habis bayar, kehendak kat benda lain membuak-buak pulak. Bukan boleh pecaye sangat aku neh. Hohoho =B

Ok aku nak bayangkan benda yang best in future lepas 3 installments nie habis bayar. Gaji bersih cuma utk belanja bulanan sahaja? Bahahaha. Berangan! Lupa pulak dah janji dengan habi nak tolong dia bayar bil api & Astro tiap bulan. HEHEHE. InsyaAllah. And then savings in Tabung Haji mahu increase & tambah orang dalam senarai potongan haji. Yakin boleh!!!! =D

Hidup kalo kita tak bayangkan yang indah-indah for future, apa yang menariknya? Tak kisahlah tercapai atau pun tidak, yang penting HARAPAN itu sentiasa ada. Barulah kita rasa bersemangat nak menjalani kehidupan neh. Tak gitu? ^_^ Kalo asyik bayangkan yang tak best for future, guane nak rasa happy?

Kalo orang lain akhir tahun macam nie dah happy sebab dpt bonus, aku as usual rasa biasa aje. Bonus most likely paling cepat end of Feb & paling lambat end of April 2012. Tak tahulah dapat banyak mana this year sebab my dept. tak achieve target. Aku rasa kalo dpt 1 bulan pon dah cukup baik kot. Malas nak harap lebih-lebih sgt. Takot kecewa. Increment pon rasanya as usual aje. Nothing special. Syukur ajelah atas apa pun yang Allah bagi. Ianya tetap rezeki =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat