Akaun Gmail Di Godam

Dengan tak semena-mena aku teringat tentang 1 kejadian yang agak mendebarkan berlaku pada akaun gmail aku tempoh hari. Minggu lepas kalau tak salah. A few of my blogger besties dah tawu la ini cerita. Tapi korang yang lain masih belum sebab aku tak cerita lagi kat sini. Logik la kan? HAHAHA =P

Kisahnya dengan tidak semena-semena juga spt teringatnya aku tentang kes ini, right after aku klik refresh pd link blog kesayangan aku neh, tetibe perkataan yang tertulis di paparan skrin ialah ' the blog is not exist' or the blog cannot be found. What is going on man? Baru je sebentar tadi syok update blog. Tetibe blog tak wujud sudah????

Setelah mencuba beberapa kali, aku try nak masok inbox gmail pulak. Tetibe terpapar kat skrin kata macam kegiatan yang tak bermoral telah dapat dikesan dr akaun emel aku. Macam aku dah langgar term & conditions yang ditetapkan oleh pihak google kot. Bile masa pulak aku salah guna akaun gmail aku? Bukak pon tak bape selalu. Itupon sekadar nk tgk if ade receive apa-apa emel yang menarik whatsoever. Siryes memang aku yakin takde buat apa yang menyalahi mana-mana law pon. Pelik.

After a few times tried to log in & failed, aku pon google la if ada gaknye orang lain yang pernah alami masalah mcm aku & how to solved it. Luckily aku jumpa 1 blogspot yang menerangkan cara-cara utk retrieve balik akaun gmail aku tue. So aku pon buat step by step & alhamdulillah tak sampai beberapa minit kemudian, masalah aku selesai =)

Lega gila sebab kalo gmail aku tu kena blocked, bermakna blog kesayangan nie pon akan lupus lah sebab daftar guna gmail. Debar-debar siot mase settlekan masalah gmail neh. HUHUHU. End up akhirnya aku kena tukar password emel yang lama kpd yang baru. Itu aje. Tak kisah lah asal semuanya kembali kpd normal.

Bagus jugak kena tukar password sbb pw lama tu guna tarikh kapel dgn bf lama dulu. Dah tiba masanya utk melupakan semua yg berkaitan dgn dia gaknye. I like hehehe.

Aku buat bookmark blog yang dah membantu aku menyelesaikan masalah ini. Tapi kat pc opis. So tak dapat nak tepek kat sini utk pengetahuan semua. Takpelah, in case ada yang mengalami masalah spt ini in future, jgn segan silu tanya aku. InsyaAllah aku akan bg url blog yang berkenaan yerp.

Camne benda nie boleh jd kt gmail aku? Entahlah. Tapi setahu aku server office kena hacked dgn anasir-anasir yang tidak dapat dipastikan. Akaun FB sorang kakak yang 1 opis dgn habi pun kena hacked juga. Maybe itu jg yg berlaku pd gmail aku. Wallahualam. Takpelah. Yang penting semuanya sudah kembali spt dulu =)



Popular Posts