Alamanda On The Last Day Of 2011

Cerita yang pasal our third anniversary vacation kat KK this coming May tuh dah melangkaui 1 entry yang sepatutnya adalah sebelumnya. Kehkeh. Pasal tak sabo sangat nak citer pasal dah booked ticket flights ke KK tuh. Poyo kan? Hakhak =P

Pada hari Sabtu kami semua keluar ke Alamanda. Habi nak beli seluar & baju kerja. Sekali rembat sampai 4 pasang kemeja. Seluar keje 1 aje sebab ada banyak yang molek-molek lagi. MPH ada bukak open kaunter kat ruang legar besar tuh. Sempena their 105th anniversary kalo tak silap aku. Ulat buku dah nampak buku, apelagas...rembat 3 ketui buku yang semuanya habi bayarkan. Termasok sebuah buku yang aku nak pos ke Kak Ya sempena birthday dia on this 15th nanti. I hope she likes the book =)

Buku utk pengisian rohani aku pulak ada 2. Pertama, buku kesinambungan tentang Palestin. Buku yang sebelum nie tajuk dia Palestin: Kami Tidak Pernah Gentar!. Buku yang ini pulak tentang kisah kapal Mavi Marmara yang dalam misi menghantar bantuan makanan & etc ke Palestin pd tahun 2010 dulu yang pastu Israel laknatullah serang yang menyebabkan lebih kurang 15 mujahiddin syahid. Siryes memang sebak & mengalir airmata bila baca buku neh =S Cecepat seka airmata takmo habi nampak. Dia suka ejek =.=

Aku kalo baca buku yang berunsur Islamik neh mmg mudah jugak tersentuh. Tengok tv jarang sangat. Bila baca sebenarnya lagi feel taw! Ker aku je yg macam tu tak tahulah pulak. Huhuh. Kalo baca balik buku biografi Rasulullah SAW, part paling menyentuh perasaan yang masa Nabi berdakwah di Thaif pastu orang sana tak menyambut baginda dgn baik. Kemudian Nabi balik semula ke Mekah sorang-sorang dalam kegelapan malam dalam kesedihan. Baginda rasa sangat sedih apatah lagi waktu tu tekanan dari org musyrikin Mekah pon sgt hebat. Aku bayangkan keadaan Nabi masa tu. Mmg sangat tersentuh =S

Masa tuelah kemudiannya Allah hantarkan segolongan jin yg mendengar Nabi membaca al-Quran sehingga mereka  semuanya memeluk Islam & menyebarkan pd kaum jin yang lain tentang agama Islam =)

Ohh ok buku kedua, Tanda-Tanda Kiamat Besar. Buku nie macam ensiklopedia sebenarnya. Buku bersambung-sambung. Sblm nie aku dah beli buku yang spttnya selepasnya yg bertajuk Huru Hara Hari Kiamat. Kire beli yang ini patah balik ke belakang pulak. Kohkohhh =P. Takpe. Ilmu tu yang penting. Aku suke beli buku-buku yang macam menakutkan bg sesetengah org utk membacanya neh. Memang tujuan aku nak takotkan diri pon tentang mati & hari Kiamat semua neh. Hrp bila takut tu dtg, lebih berusaha lah aku utk jd muslimah yang lebih baik di pandangan Allah SWT. InsyaAllah, amin.

So lepas beli buku, pegi makan kat Nandos. Sempat beli ice blended honeydew yang superb kat Big Apple. Kegemaran aku tuh. Beli bwk masok Nandos. Kehkehhh. Pas kenyam, g Parkson shopping baju habi & kaut pulak set comforter utk bilik tido sbb ada less byk 70%. Penting taw selalu tukar cadar kat bilik tido neh. Nampak remeh tp sbnrnya memberikan suami isteri mood yang baik stp kali tukar tuh. Nampak kemas, baru, bersih, wangi. Nyaman rasanya berada dalam bilik tido. Salah 1 tips membina rumahtangga yang bahagia =)

Dapat dari mana? Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Masa lepas kawen beli buku ni. Mmg tinggalkan kat rumah in law. Everytime balik sana, mesti baca balik refresh balik ingatan how to be a good wife for habi. Habi pon dah tawu bini dia lepas baca buku tu kompem buat perangai pelik-pelik sikit. Bwahahaha. Utk kerukunan rumahtangga. Seb baek habi melayan aje..kahkahhkahh =P

Ok. Layan lah gambo pulak. Penat dah taip.

Ibu nak bayar buku sebok nak nyelit kat kaki =.=
Peace dgn mata terpejam. Hebat kan? Hahaha
Sedap. Adeh..dah la tgh lapo skrg neh T_T
Kids meal. End up kena tapau sbb tak habis pong. Huhuh
Excited nk shopping ngan Ayah
Sila bayar by cash okeh! Hohoho
Muka orang pasrah. Set comforter aje dah RM123. Miahaha...
Settled. Jom balik!!

p/s: jumpe Evyn yang nampak kelam kabut handle Ammar. susah ek nak handle anak lelaki? tak sabar nak merasai pengalaman itu next year. InsyaAllah ^_^



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat