Anak Semakin Nakal

Kenapa Naurah sangat nakal sekarang nie ehh? Siryes lah. Manjang serba tak kena. Manjang nak marah. Manjang nak pukul orang. Manjang nak baling barang. Rasa dia bukan Naurah yang dulu T_T Bikin aku geram & runsing memikirkannya. Masa dia demam tu tahan lagilah sebab badan tak sihat kan? Tapi semalam demam semua dah tak ada. Perangai dia tu masyaAllah. Boleh bikin orang mengucap panjang. Sampai aku & habi pon terpandang-pandang satu sama lain mencari jawapan kepada soalan why? Whats wrong with her man????

Semalam after Wan & Atok balik, menangis meraung macam hape. Orang pujuk pon taknak. End up aku biar aje dia menangis meraung & buat aksi macam-macam tanda protes dia tuh. Dah lama sikit dalam 10 minit, baru aku pujuk & dia pon dah okay. Teresak-esak menangis. Pastu mintak nak minum milo. Taknak susu. Bila aku buat milo, dia taknak pulak. Nak air masak. Haihhh. Sumpah memang menguji kesabaran aku T_T

Malam td aku belek Pa&Ma. Baca bahagian soal jawab & kebetulan ada ibu yang bertanya pasal anak yang nakal & asyik nak ikot kehendak dia. Jwpn dr pakar menunjukkan cara aku betol dgn membiarkan dulu dia menangis, ignore her at first & then baru pujuk. Pdhal sblm tu habi dah tegur aku sebab tak pujuk Naurah kan? Nanti nak tunjuk dia jwpn pakar tu tulis. Mmg aku saje keraskan hati sbb nak ajar dia yg tak semua benda kena ikot kehendak dia.

Makin dah besar makin byk dugaan menjaga budak tu. Susahnya nak mendidik anak menjadi seperti yang kita mahukan kan? Moga Allah kurniakan aku lebih kesabaran.


Janganlah nakal-nakal sangat Naurah. Ibu susah hati lah! T_T



Popular Posts