Aquaria Vs Underwater World

Hari nie antara hari yang termalas nak pergi keje. Badan sakit-sakit sebab seharian tak keluar rumah. Memerap aje tak buat ape. Bila aku cakap dgn habi, dia gelakkan pulak. Ingat aku main-main ape? Siryes la kalo ddk rmh aje tak keluar pegi mana-mana boleh bikin badan lemah taw!

Aku kena pegi shopping complex at least utk merayau sana-sini bagi eksesais sikit. Kalo dok diam dlm rumah aje, memang ginilah jadinya. Haihhh T_T Payoh kalo orang tak pecaye cakap kite neh...

Cerita tentang hari Sabtu memang semuanya best. Akhirnya kami menjejakkan suda kaki ke Aquaria, KLCC. Now baru boleh buat perbandingan dengan Underwater World, Langkawi. Last aku masok UW, Langkawi on 2009. Kira masih sesuai la nak buat perbandingan. Perbezaan yang ketara antara keduanya adalah dari segi keluasan kawasana. UW is much more bigger than Aquaria. Maybe dalam 3 kali ganda. Tapi Aquaria menang dari segi keseronokan. Eventho kecik, tapi bayar RM35 terasa berbaloi la jugak.

UW aku rasa ticket price dia mahal tapi tak ingat pulak bape. RM28 macam tuelah. Tapi tak rasa berbaloi sgt sebab macam boring. Tak entertaining. Hohoho =P Kalo datang melayan anak kecil ok la jugak. Tapi kalo utk adult aje, mmg rasa nak tertido. Bwahaha. Kecuali pergi dgn keluarga yang adik beradik korang cam sengal sket ah. Terasa lawak bila mengkuda-kudakan dinosour kat depan entrance tuh. HAHAHA.

Yang buat cam tak berbaloi pegi Aquaria cuma satu. Anak yang diingatkan akan excited lebih bila nampak animals live depan mata, tetibe jadik penakot. Well, thats what happen to Naurah okeh! =.= Nampak memerang takot. Nampak belut pon takot sampai ada sorang Mat Saleh ketawakan dia yerp. Ikan rupa horror sket pon takot. Ikan giant pon takot. Haihhh...kenapa tetibe pulak gitu? Selalu kalo kat Tesco, paling lama singgah kat aquarium simpan ikan keli hidup. Manjang suka sampai nak celup tangan dalam tuh. Kali nie masok tempat yang dibenarkan utk celup tangan pegang fish, ko takot la pulak kan? =.=

The best part is duduk depan aquarium besar dapat tengok turtles & fishes besar-besar. Sambil tengok divers bagi makan sampai tak nampak si pemberi sebab dikerumuni ikan okeh! Kat sini paling lama sekali duduk bersila depan tuh. Sempat la amek a few videos buat kenang-kenangan. Nak tawu Naurah cenggane masa kat sini? Dia TIDO nyenyak ok. Ngantuk tengok ikan lalu lalang depan dia gaknye. Yang excited lebih tentunya ibu & ayah saje. Kehkehhh. Takpelah anak tak selera tengok pon. Tetap rasa berbaloi sebab kami berdua sama-sama terhibur.

Selesai pertunjukan bagi makan ikan, kami masok terowong pulak. Kat sini boleh nampak jerung. Lalu lalang kat atas kepala korang aje. Memang rasa cam jakun padahal kat Langkawi pon ada jugak macam tu cuma bukanlah dlm terowong gitu. Luas aje kawasan dia. Thats y kat sana tak rasa jakun sangat kot. Yang ini terasa lebih dekat dengan kita. sebab terowong kan?

Camera DSLR yang tak boleh guna flash memang hampeh! Terus rasa nak beli digital camera biasa aje. Nyampah! Gambo semua tak lawo-lawo. Yer. Kat dalam Aquaria tak boleh guna camera flash. Takot ikan terkojot kena heart attack barangkali. 

Lepas g Aquaria, terus gerak balik ke Semenyih. Tak singgah pon Suria, KLCC. Sebab rasa macam takde ape nak beli whatsoever. Dah lapo kena pegi carik makan yang murah-murah sikit. So to Downtown Cheras kami pergi. Pas makan teros balik rumah PIL. Malam gerak balik ke BBST semula. Ahad melepak sajo di rumah. BORING!!!! Huh








Popular Posts