Ayat-Ayat Negatif

Pagi tadi aku tegur laki aku. Sebab dia sakat Naurah. Ehh..sakat tu tak apelah. Cuma aku terfikir budak kecik gitu kalo kita sakat dia, kan dia marah kan? Kalo Naurah dia jerit ah kat habi 'Hehhh!!!'. Tu dia marah la tu dah kena sakat. Bagus ker menimbulkan kemarahan dalam diri budak-budak kecik? Ini yang aku tak sure. Memanglah kelakar sebab sakat lawak-lawak gitu kan? Tapi deme dah paham ker kite sakat main-main aje? Aku tengok bukan main marah lagi Naurah kat habi. Sometimes sampai dia pok ah habi sket gitu. Kadang sampai nangis jugak budak tu dibuatnya. Haihh...laki aku =.= Tak sure ok ke tak habi buat gitu. Ada sesapa nak bagi pendapat??

So yang pagi tadi tu aku tegur habi sebab dia cakap benda yang negatif pada Naurah. Aku suruh Naurah nyanyi, pastu budak tu diam aje sebok kelek baby doll dia. Tetibe habi cakap ' Naurah nie tak pandai nyanyi lahhhh'. Words TAK PANDAI tu aku memang pantang okeh! Itu perkataan yang tak bagus disebut oleh kita terutamanya ibu bapa. Kata-kata kita kan 1 doa utk anak-anak bukan? So aku tegur jelah gitu cakap tak elok la cakap macam tu kat Naurah. Habi sengih-sengih ajelah. Terus tukar ayat menyakat yg lain =.=

MIL aku pulak suka cakap Naurah TAK SENONOH. Ini pon aku kurang gemar. Salah 1 contoh ayat tak baik jugak utk diperkatakan pada seorang budak. Macam jadinya mendoakan Naurah spy jadi tak senonoh pulak. MIL cakap gitu bukan Naurah buat apa pon. Kadang budak tu berak or guling-guling kat lantai main-main. Bukan tak senonoh ape pong.  Cuma dia cam dah terbiasa cakap gitu. Tapi takkan la aku nak tegur MIL pulak kan? HUKHUK. Pendam ajelah dalam hati.


Popular Posts