FA Cup, Australian Open & AJL 26

Cerita yang hot hari nie pastinya tentang AJL 26 malam tadi. Bagi peminat tenis mcm aku, masih teruja dengan match diantara Djokovic & Nadal malam tadi. Sampai terlepas persembahan dari Alyah - Kisah Hati. Dengar cerita ada Remy Ishak meh? T_T Yang aku sempat tengok persembahan penuh cuma dari Hafiz & 3 Suara. Kebetulan pulak dapat No.1 & No.2. Terkilan cuma tak dapat tgk Alyah & Aizat. Dua penyanyi nie personally tidaklah aku minat. Tapi lagunya jer yang menarik perhatian. Hehe.

Selain dari kemenangan Djokovic di final Australian Open malam tadi, aku juga masih happy dengan kemenangan team Liverpool dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA ke atas musuh tradisi Man Utd. Ingat senang nak kalahkan Man U? Memang epic betul gol Kuyt malam tue. Bergema stadium Anfield termasuklah di rumah PIL aku. Kehkehhh =P

Ok nak cerita sikit tentang hari Sabtu yang lepas. Tetibe dapat idea nak ikot habi ke Bangsar South ada kerja pulak dia kt sana. Habi kata boleh aje sebab ada macam shopping complex sekali kat situ. So aku & Naurah pon happy la bersiap pagi-pagi nak ikot habi pegi keje. Sudahnya tak tawaf pon kedai yang ada kt sana. Lagi syok tengok habi & sparring partner pasang-tarik-cucuk cable kat deck server. Naurah pon behave aje kecuali dia buat "kek" lagi sekali kat sana. Padahal pagi tadi dah buat sekali. Payoh nak membasuh kat toilet yang canggih sebab takde water hose. Kena basuh kat sinki. Terpaksalah basahkan tisu lap montot dia. Bercinta la aku dgn dia dlm toilet. Huhu.

2 jam jugaklah tengok habi buat keje. Tak boring pon sebab sembang-sembang sekali. Settled je keje dlm pkl 12 tghari, terus chow sin menuju ke Kajang. Aku dah tak sabo nak cuci mata kat Romantika. Dah lama tak deco-deco rumah. So dapatlah rembat 1 jam besar rege RM59 buat ganti jam biasa kt living room tuh. Pastu beli table runner utk meja makan kt depan tuh. Bukak semua plastik & letak table runner aje. Pastu letak pasu bunga atasnya. Rasanya nampak lebih sofistikated macam tue. Moden looks okey! ^_^

Gantikan jugak alas kat drawer bawah cermin besar tu. Nampak lebih ceria. I like. Kalo g Romantika tak sah kalo amek masa sampai berjam-jam. Rambang mata hokeh! Sudahlah price dia pon berpatutan. Memang naik gila aku dibuatnya. Habi pon geleng kepala aje. Hahaha. Pas g Romantika, habi ajak jalan-jalan kat tingkat bwh. Tetibe nmpk kedai cam Tutti Frutti tapi yang ini namanya  ala lupa pulak. Tapi bermula dengan S. Nak tawu sape yang jaga duit kt situ? Artis Raja Farah okeh! Sejak kawen dia kan da pakai tudung. Sweet aje pastu sangat friendly. Dapatla Naurah bersalam dengan artis. Hahaha.


So aku pon tanya jelah saje-saje dgn dia dah lama ke kedai tu? Sbb dulu rasa aku takde kat situ. Dia kata baru lagi dalam sebulan gitulah. Ohhhh...mmg baru sangat la kalo gitu. Raja Farah tak pakai makeup tapi muka dia sangat bersih. Suara pon lembut aje. Macam-macam lagi la dia tanya aku cam tanya anak baru sorang ke ape bagai. Ehh..artis pulak banyak tnya kt aku. Sape artis sbnrnya neh? Agagaga. Tanya tentang Naurah etc lah. So nice ^_^

Malangnya tak teringat nak snap gambar sama-sama. Blogger tegar nehh!! Hampeh! T_T

Ahad pulak sesi melepak kt rumah. Ptg aje keluar jap g Giant beli DVD player letak kt atas utk Naurah tgk Dora & Noddy. Itu ajelah cerita menarik weekend aku yg lepas. Korang camne? 

Weekend nie kita cuti-cuti Malaysia pulak kat Cherating. Yeehuuuu!!!

update: nama kedai ialah Snogurt. terus Like Raja Farah punya fanpage kt fb. poyo hahahha =P



Popular Posts