Jemput Makan!

Siryes macam cencorot muke bos aku pagi neh. Tak selera okeh nak menengoknyer. Mengata aku pandai ckp muka masam lah. Tak friendly lah. Kurang senyum lah. Tapi cer dia cermin diri dia tengok muka sendiri guane pagi-pagi neh. Dengan rambot gerbang cam singa lapo tuh kan? =P

Ok. Permulaan hari Jumaat yang kurang baik utk diri aku. Mengumpat ajo kojonya. Mengata bos dalam blog. Berdosa jugak rasanya kan? Tapi tak sebut nama pong! Tak tunjuk muka dia jugak. Tak dosa kot...hehehe....Ker ada yang kenal bos aku? Heee....( carik alasan spy nampak x buat dosa. ceh!)

gambar kredit to sini
Hari nie aku bawak bekal nasi lemak sambal sotong. Malam tadi gigih la memasak. Tetibe rasa nak buat. So tapau utk diri sendiri, habi & bagi sebekas utk 3 orang kakak kat Marketing Section. Nasi terlembik pulak. Maklomlah percubaan kali pertama aku. Tak reti pulak nak sukat airnya. Fail betol! T_T Sambal sotong aje macam ok sket rasanya. Semua pakai resipi sendiri yang terlintas dalam otak. Lepas nie kalo nak buat yang sedap, kena cari resipi kat internet dulu.

Dah 2 hari buat bekal breakfast kat habi. Sejak ada Naurah, memang boleh dikira dengan jari bape kali je aku buat breakfast utk dia sebelum ke office. Masa masih berdua rajin la jugak. Harap habi suka nasi lemak kasih sayang bininya neh. Malam tadi aku happy sebab habi mintak tambah nasi makan asam pedas ikan pari yang aku masak. Masak sebab terliur Fashya punya status kat fb cakap makan asam pedas. HAHAHA.

Habi bukan jenis orang yg suka komen bila aku masak-masak neh. Dia senyap aje makan tak berkata apa pon. Puji tidak, kutuk pon tidak.

gambar kredit to google
Bila aku tanya, baru dia komen. Itu pon cuma cakap OK kalo ok lah kot bagi dia. Kalo kritik, dia akan cakap terlebih masin or manis etc. Macam tu aje. Senang kata habi nie tak banyak karenah bab makan-makan neh. Telan aje seadanya. Bagos jugak gitu kan? Hehehe ^_^



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat