My Simple Life =)

Vacation tahun 2012 InsyaAllah akan dimulakan dengan pergi ke Cherating pada bulan 2 nanti. Cumanya skrg tarikh maybe berubah dari tengah bulan ke awal bulan. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Masih belum ada kata putus, tapi memang sudah hampir ke arah itulah. Sedey sebab takleh nk sama-sama jimba dgn Ann & Hany. Maybe juga tak dapat jumpa sama mek kontan sana. 

Inilah namanya manusia hanya boleh merancang, segalanya Allah yang tentukan. Maybe dah tertulis gitu. So redha ajelah yerp. Harap ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Think positive ajelah. InsyaAllah =)

Sekarang dah bulan January. Tak lama sok tau-tau dah pon bulan April. Sangat pantas masa berlalu. Naurah pon dah nak 2 tahun. Hari tu rasa macam lama lagi nak proses utk bagi Naurah adik. Tapi skrg macam dah rasa cuak pulak nak memulakannya. Huhuhu. Mengikut perancangan, akan mula mencuba pd awal bulan  May nanti. Tak tahulah kot habi berubah fikiran ker hape. Orang kat opis pon dah start banyak menanya bila nak menambah lagi? Hohoho. Sabar yerp! Tahun nie bagi Kak Salina jalan dulu. Dia dah selamat, aku pulak yang start mabuk-mabuk gaknye. InsyaAllah =)

Apa lagi yang menarik utk dikongsikan utk tahun nie yer? Pasal nak tukar kereta, holiday CNY nnti balik Johor baru diskas balik dgn family semua. Ada perkhabaran baik juga tentang ura-ura gaji habi nak naik banyak sket than usual for this year. InsyaAllah kalo ada rezeki kami lah. He deserved it very much from my point of view. Habi nie orang yang komited dalam kerjanya. Bukan macam aku yg manjang ngadap blog & fb. Hehehe.

Tentang diri aku pulak, mengharap ada peluang bekerja di syarikat yang lain. Dah 6 years kat sini, muak tu memang dah ada sangat rasanya. It just a matter of to hijrah to a better company lah. Takkan nak downgrade masok company lebih kecik dr yg skrg pulak kan? Tapi kalo ada offer better benefit & better salary, why not? Yang paling penting paling jauh keje kt Putrajaya lah. Tak pon tetap di Cyberjaya. Paling best kalo dapat kat Nilai. Takpon tak payah kerja, jaga Naurah kt rumah, bukak bisnes Bangi Kopitiam. Hahahaha. Berangan tak salah ^_^

Buat masa ni, ini ajelah yg aku dapat share kat sini. Life aku nie simple aje geng. Tak rumit mana. Tak menarik mana. Bukan banyak pon yang aku tak cerita ttg hidup aku kat sini. Semuanya aku suka nak share dgn semua. Hidup sederhana gini...dah rasa diberkati Allah. Taklah susah mana, taklah senang mana. Sedang-sedang aja. Moga ada peningkatan dalam hidup kami sekeluarga kecik tahun ini. Amin.

Menjelang 3 tahun usia perkahwinan, aku masih rasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang suami yang sangat best. Aku rasa bertuah dapat dia. Adakah dia juga merasakan yg sedemikian? Aku tak malu bertanya is he happy to have me as his wife? I have to know what he thinks about me. Itu yg paling penting bg seorang isteri kan? Alhamdulillah, jawapan dia masih sama. Aku pon nampak dia happy bila aku sakat-sakat & usik-usik dia. Begitulah aku & habi. Masih kuat menyakat antara 1 sama lain. Tapi aku lagi kuat la sakat dia. HAHAHA =P

Naurah pon kadang-kadang sampai tergelak-gelak tengok gelagat aku & habi. Dah pandai dia respon pd situasi ceria macam tu. You're such a bright girl Naurah! =) 

Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki kasih sayang antara kami ini. Moga ianya berkekalan hingga ke akhir nyawa. Amin.

We really are a happy family ^_^
The most important peoples in my life at the moment =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat