Nakal Atau Ngada-Ngada?

Semalam gaya protes Naurah naik setingkat ke atas lagi. If sebelum nie cuma duduk kat lantai takmo gerak mana-mana, semalam dia baring atas lantai macam kat rumah tengah tengok TV =.=

Seperti biasa, aku & habi cool aje melayan karenah dia. Tak kuasa lah nk terpekik terlolong marah anak depan orang ramai gitu. Gasak ah orang pandang-pandang pon. Kalo yang paham or dah berpengalaman tu, memang sengih-sengih ajelah nengok pe'el budak tu kan. Kalo yang tak paham, bajet kitorang parents yang tak amek kisah kat anak bagi dia baring kat tempat kotor macam tue, akan memandang la kami dgn pandangan spt melihat orang bersalah. Well, to be honest, I don't give it a damn! Ini cara kami dalam mendidik anak. Kalo ngada-ngada sangat, jangan harap kami nak layan.

Tak lama lepas tu, aku angkat aje Naurah teros dokom. Seb baek tak ngamok. Diam aje pulak. Maybe pasrah kehendak dia tak dilayan eventho buat pe'el gitu kot. Aku harap semakin dia membesar, dia akan lebih faham bahawa tak semua yang kita mahukan dalam hidup, kita akan dapat sewenangnya. Bila bermimpi, tak semuanya akan sampai ke bintang =P I'm sure she will understand that fact when the time is come =) InsyaAllah.

Malam tadi aku rasa Naurah macam semakin nakal. Adakah dia akan jadi budak yang nakal tak lama lagi? Wuwuwu...takot pulak bila memikirkannya. Sometimes she is so sweet. Baik aje perangai budi bahasa. But at times, aku pon naik poneng. Atok Semenyih lagi kelakar. Ada 1 malam tu Naurah cam buli dia macam-macam. Atok pon kata ' ehh..kenapa nakal sangat Naurah nih?nak tido ehhh?' HAHAHA. Dia bajet Naurah mengantuk. So macam buat perangai disebabkan itu. Apekah? Aku punya la tak tahan nak gelak. Sampai naik merah muka dibuatnya. Masa tu kat meja makan tgh having dinner. Hohoho...


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat