Naurah Menjelang Usia 2 Tahun

Ehhh..lupa nak update yang Naurah dah 3 minggu lepas kot tak bangun malam dah menom susu. Dah big girl already =) Takde dah nk bawak naik thermos n susu bagai ke dalam bilik. Ayah dah boleh tarik napas lega tak perlu bangun buat susu lagi. Hohoho ^_^


Naurah juga dah semakin petah berkata-kata. Dah pandai tidokan baby doll dia dgn gaya-gaya nursery sambil berlagukan Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah. Lagu dia tu sama dgn lagu yang aku dodoikan nak bg dia tido. Kehkeh.

Dah semakin banyak permintaan bila pergi shopping complex. Nak itu nak ini. Kadang dilayan kehendaknya & kadang diabaikan. Tengok poket ibu ayah & nasib dia lah. Kalo rasa benda yg dia mintak dah ada kt rumah, mmg tak belikan lah. Pastu barang-barang yang macam mahal sgt & kurang kegunaannya.

Tak boleh ajar bagi aje apa yang dia nak. Gasak ah eventho dia memprotes dgn duduk atas lantai tak mau gerak depan escalator. Ibu & Ayah dah tak kuasa nak marah-marah ke dia & tak kuasa nak malu-malu kat orang yg tengok. Protes camne pong kalo kami kata tak boleh, tetap tak boleh yer nak! =P




Popular Posts